Wednesday, February 11, 2009

My Precious 'A'...

Dah agak lama aku tak berkisah-kisah tentang buah hatiku, anak dara yang dua orang itu...Aina dan Ainin. Hari ini aku ingin kisahkan perkembangan puteri-puteri kesayanganku itu...
Aina Suraya....

Si kakak Aina yang semakin hari semakin petah bercakap. Dari hari ke hari aku perhatikan pertuturan Aina sudah mencapai ayat yang lengkap. Dan Aina juga kini semakin patuh pada arahan. Aina juga sudah pandai memujuk, juga meminta maaf. Paling tak tahan, bila kena marah dengan aku, dia akan cepat-cepat peluk aku (sambil menangis) dan cakap..."ibu..mintak maaf ibu.."...huhuhuuu...Luruh hatiku mendengar kata-kata itu. Dan seringkali bila Aina sudah meminta maaf, level kemarahanku akan turun bagai disimbah air..dan aku akan bertanya padanya.."kenapa Aina minta maaf? Aina buat salah apa?" dan dia akan menyebut apa kesalahannya. Kemudian akan kutanya lagi, "lain kali nak buat lagi tak??" dan dengan mulusnya dia berjanji tidak akan mengulanginya. Itu pendekatanku dengan Aina. Buat salah, memang kena marah sesungguhnya. Bila sudah habis marah, aku akan cakap kenapa dia dimarahi. Dan setakat ini, cara ini berkesan dalam aku melentur Aina, Alhamdulillah. Biasanya, bila dia melakukan sesuatu yang tidak ku sukai, aku akan bertanya, "Kakak, boleh ke buat macam tu?" Dan Aina pun sudah faham jika pertanyaan itu sudah ku tanyakan, dia akan jawab, "tak boleh,nanti ibu marah"...dan jika dia berdegil juga kadangkala, memang lah akan kena marah denganku. Namun Aina memang manja. Ada ketikanya dia mahu aku memeluknya selalu. Tapi dapat kuperhatikan dia juga semakin independence.

Perkembangan pembelajaran Aina juga memberangsangkan bagiku. Alhamdulillah..dia kini sudah menghafal A-Z dan dalam proses mengenal keseluruhan huruf itu. Aina belajar dengan mudah dari tontonannya terhadap CD ABC Brainy Baby. Sepanjang Mr Hubby balik bercuti tempoh hari, aku tidak dapat mengajar Aina secara efektif lantaran terlalu sibuk dengan aktiviti di sekolah hingga ke petang dan menguruskan rumahtangga. Namun, mujur Mr Hubby mengambil-alih mengajar ABC kepada Aina di masa terluangnya. Dan Aina pun lebih seronok belajar dengan abahnya berbanding dengan ibunya yang garang ini...hehehheheeee....Memang encik abah lebih tinggi tahap kesabarannya berbanding dengan aku..;p Apapun, sepanjang ketiadaan hubby kali ini akan ku gunakan untuk melebihkan masa belajar bersama Aina...insyaAllah...

Aina masih belum mahu di 'potty-train' kan. Dia menangis-nangis nak pakai pampers jugak...huhuhuuu... Bilalah mau berenti pakai pampers ni?? Mungkin aku pun belum bersedia nak mem'potty-train' kan dia, lantaran sibuk dengan pelbagai aktiviti sebagai isteri dan ibu terutamanya memBFkan si adik dan mengepam untuk bekal adik di masa terluang. Buat masa ini, biarlah Aina berpampers lagi..Lagipun ibu sudah menjimatkan duit abah untuk adik Ainin kannnn...heheheheee...

Ainin Sofiya...

Lihatlah si comelku yang berambut ala-ala profesor ittew...hehehheeee. Memang rambut Ainin hanya melebat sekelompok di tengah sahaja, depan dan belakang agak kureng. Ainin sudah cekap meniarap dan kini dalam proses mengangkat-angkat dada dan montotsnya sebagai persediaan untuk merangkak. Owhh..ada bayang-bayang gigi sudah mahu tumbuh di gusi bawahnya. Sebab itulah kini dia gemar menggeget manjer puting ibu..ohohohoooo....

Oh ya...Ainin juga kini sudah fully CD'ing...Alhamdulillah. Sejak dari bulan 11 Mr Hubby tak perlu membeli dispo diapers untuk Ainin. Memang sangat menjimatkan. Tak perlu beli dispo diapers dan susu untuknya. Boleh bayangkan kah berapa penjimatan yang dapat dibuat. Hanya perlu mengeluarkan belanja untuk Aina (dispo diapers) dan susu..perbelanjaannya menjangkau RM300 sebulan. Cumanya, kerjaku lah makin bertambah. Yelah kan...nak BF dan pumping lagi...kemudian menguruskan CD lagi..(di samping dengan kerja-kerja lain yang ada...) Tapi tak apalah...jadi ibu kan memang penat. Redha sajalah...:) Namun aku memang senang dengan aktiviti CD'ing Ainin. Puas hati dengan kemantapan CD Coolababy yang kubeli dari PuanSuraya ini, murah dan sangat puas hati. Kini Puan Suraya tidak lagi menjual CD Coolababy, tetapi telah ada produk CD baru iaitu Lunatots yang boleh didapati dari Sini. Harganya masih murah lagi berbanding dengan CD yang lain walaupun tidaklah semurah coolababy. Aku belum mencuba CD ini, kerana coolababy yang kubeli sebanyak 10 helai itu masih mencukupi untuk kegunaan Ainin.

Aina & Ainin...

Lihat gambar di atas. Mereka sudah semakin ngam berdua. Si adik sudah pandai memberi respon bila si kakak mengagahnya. Si kakak pula semakin seronok bila tengok adik tergelak-gelak sakan dengannya. Si kakak juga dah semakin sayang pada adik dan sudah kurang 'membulinya'. Cuma satu, agak kedekut sikit dengan barang-barangnya. Adik tak boleh main dia punya okehhhh...huhuhuuuu... Namun melihat kedua-dua beradik itu bergelak ketawa, amatlah menghiburkan hatiku. Inilah permata hatiku. Dua 'A' yang ibu kasihi sepenuh jiwa....:)

9 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Geramnya tengok badan ainin yang berketak2 tuh~ and senyuman aina ..soooo sweetla...=D Bila dapat jumap ek..bukanlah jauh no kita nih..kekeke..

sayangibu said...

itu laa kan mimi..teringin jugak bertentang mata ngan mimi & anak2.. nanti laaa...ku pikir2 bile yang sesuwai nak berjumpa-jumpaan nih...:)

mamaDhea said...

ok laa serasi berdua.. cam anak haku niey, asyik buli adik aje keje si kakak.. syian si adik.. tp klu kakak takde, si adik pula mcm tercari-cari..

Mommy Harith Hannah said...

Adoii Ainin, ketak2nya...

Aina umur berapa yer? Mungkin blom sampai seru utk diaper less...

Hakim (lagi sebulan nak 3 thn), serah diri sendiri utk potty-training... Saya pernah try sekali, tp ayik terbabas, so, saya stop laa..

Tiba2, dier sendiri yg request xnak pakai diaper.. syukur! Tapi, kalau dier tido, still kena pakai laa... So,boleh gaklaa jimat sket2 diaper + slowly train utk xterkencing waktu tido...

~ As ~ said...

huhuhuh...aku nak baby girl jg nnt... bestnya...

Anonymous said...

comel aina & ainin... :)
datang KL jumpa aunty sue ye

Ina Hashim said...

comeynya 2 beradik nihhhh

sayangibu said...

sha...alaa..kdg2 aina tu ada gak buli2 adik dia, tp skang dah kuranglaa. mmg ye, si adik kalo nmpk kakak..kemain excited lagi..hehehee..

arnie..aina skang 2thn 3bln. ooo..hakim pon lmbt gak ye? ku pikir,anakku lah yg plg lmbt diaperless..:)

as..cepat2 besarkan azam, pastu blh laa carik adik baby girl utk azam..heheheee...

sue..wallaaa..aina & ainin pon tingin nak jumpe auntie sue dengan iky yg hensem tu..heheheee...

kak ina...macih..macihhh...;)

Anonymous said...

so cute!!