Alkisah aku membuat kek batik semalam sebagaimana yang aku war-warkan dalam entri semalam. Dan kerana aku ini isteri 'solehah'...maka aku telah mengirim kek batik itu kepada Mr Hubby melalui email...apekah???!!!
Dan hari ini, Mr Hubby telah menelefonku...mengatakan bahawa kirimanku telah sampai dengan selamatnya..dan dapat lah dia menjamu mata. kemudian dia kata....
"Tengok kek batik tu, abang baru teringat janji nak p survey oven kan masa abang balik hari tu??? tak sempat kannn...sorry ekkk??? Nanti laaa kite p okey"
Owhhh..apakahhhh??? Sungguh aku tak de niat pun nak memperingatkan dia tentang janji manisnya yang nak ajak aku survey oven masa dia balik hari tu... Aku pun tau masa dia balik ari tu,memang full ajer schedule dia. Lagipun bajet dia pun dah p membetulkan cermin tingkap kereta yang pecah hari tu serta mengganti tayar kereta yang aku lenjan ke hulu-hilir itu..jadi tak sampai hati pulak nak ingatkan dia pasal oven tu.
Sebenarnya...masa Mr Hubby pergi offshore first trip tempoh hari, aku ada mengura-urakan kat dia untuk membeli oven yang double grill supaya dapatlah aku buat kek cekelat, cheese kek dan lain-lain. Aku siap promote lagi geng-geng blog yang asik buat kek...(siapakah itu??? kihkihkihhh...) Dan Mr Hubby telah pun bersetuju dengan syarat kek aku nanti mesti lah sebest secret recipe (mencabar aku lah nih kekdahnyer...cettt...).
Jadi tunggulah dia pulang nanti...kalo tak ada aral..boleh lah aku mengendeng-ngendeng sebijik oven double grill untuk menyemakkan dapur aku yang kecik comey ittew...;p
Monday, February 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment