Friday, March 27, 2009

Supportive...

Kalian... Aku diajak berbincang oleh seseorang berkenaan perkara ini....

Apakah tindakan anda jika sang arjuna hati suami mengambil keputusan bertukar kerja tanpa meminta pandangan anda???
Apakah anda akan...
a) Meroyan Marah dan berkecil hati ---> nyatakan mengapa
b) Supportive a.k.a memberi sokongan moral ---> nyatakan mengapa.

Jadi ku ingin bertanya pendapatan anda juga.

Pendapat aku????

Jika aku, aku memilih........
(b) Supportive a.k.a memberi sokongan moral sepenuhnya.
Kenapa??? Kerana aku yakin dan percaya pada suamiku. Aku yakin dan percaya dia pasti sudah memikirkan semasak-masaknya tentang keputusan yang diambilnya. Aku tahu suamiku pasti tahu apa yang terbaik untuk keluarganya. Jika keputusan yang diambilnya itu mendatangkan kesilapan di kemudian hari, I will never blame him. Aku akan memberikan sokongan moral kepadanya. Aku mahu menjadi isteri yang supportive. Aku mahu dia tahu bahawa aku sentiasa menyokong keputusannya yang baik-baik sajalah yer... cik abang jangan salah paham statementku nihhhhh...
Aku berkahwin dengannya semestinya kerana kepercayaanku sila jangan salah gunakan yang tidak berbelah bagi kepadanya. Owhhh....baik hati sangatkah aku???? Aku memang mahu jadi tulang belakang kepada suamiku... I am very supportive...yes I am!!! Abang..I lurve u....apa kaitan???!! ;p

Jadi kalian bagaimana??? Cuba fikirkan.... :)


8 comments:

Mummy Dasy said...

Pastinya menyokong... dia sebagai ketua keluarga mesti tau ape yg terbaik utk family...

Unknown said...

mula-mula marah (read: merajuk) la jugak tapi kemudian akan support. boleh?

mamaDhea said...

aku pon mcm zety.. ;)

Anonymous said...

ermmm supportive gak cuma kecik hati laa kalo dia tiba² jer tukar keje...

at least kasitahu, walaupun tak tanya pendapat...

knv said...

depends on kerja apa yang dia dapat laa.. hihihii!

since akak mata duitan, asalkan kerja baru tu gaji 2-3 kali lipat ganda, akak on aje!

buleh gitu :P

Fid said...

tgk keadaan kot...

Zuraimah Ismail said...

rasanya elok la jadi supportive kan..daripada kite marah2..sat lagi bergaduh plak..anyway..if rasa x OK kerja baru tu..x blh nak wat pape gak kan...die dah tukar pun kan..:) so elok sgt la jd supportive..and doakan kejayaan die di tempat baru tu...:)

sayangibu said...

ye mummy dasy..samalah..;p

zety..majuk yer...ehehehheee

sha...sama kah?? tiru yer..kekekkeee

sweetdarling..bkn laa dah tuko keja br gtau. dah wat keputusan nak tuko keje br gtau okehh...;)

kak ana...bolehbolehbolehhhh.....lawak laaa akk nih...hahahhaaa

fid...keadaan gimana yaa??

CT..sokong..sokongggg..