Sunday, March 8, 2009

Mual Dan Muak...

Aku malas nak ambil tahu sangat tentang suasana politik yang huru-hara di negara kita yang tercinta ini, Malaysia. Namun menonton berita di TV*3 malam tadi membangkitkan emosiku untuk meluahkan rasa terhadap apa yang berlaku.

ISU PPSMI
Perlukah demonstrasi dilakukan untuk mengubah PPSMI ini? Perlukah membawa isu seperti ini ke tepi jalan seperti orang yang tidak bertamadun? Oh...sungguh aku tak faham, kenapa ini harus berlaku. Aku sebagai rakyat Malaysia MALU dengan sikap mereka yang berdemonstrasi ini. Apakah akan selesai 'perjuangan' mereka dengan berarak beramai-ramai di tepi jalan seperti itu??? Apakah pula ini yang mereka laung-laungkan sebagai 'perjuangan'???

PPSMI...Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Di Dalam Bahasa Inggeris.

Anda setuju? Anda tidak setuju? Masing-masing ada pendapat yang tersendiri. Namun setelah aku membaca BlogKakRizza, aku secara peribadinya menyokong pendapat beliau. Kini, setelah lebih 6 tahun, perlaksanaan Sains dan Matematik ini di dalam Bahasa Inggeris...pastilah ada kelebihan dan kekurangannya. Di dalam apa-apa jenis pembaharuan pun, pasti ada bahagian yang positif dan negatif. Kerajaan telah menghabiskan berbilion ringgit bagi program PPSMI ini. Buku teks, alat bantu mengajar, notebook kepada para guru, kursus untuk memantapkan guru-guru dan pelbagai lagi. Alangkah besarnya pembaziran yang bakal berlaku jika segala-galanya terpaksa diubah semula. Dan yang paling kasihan pastilah anak-anak kita. Merekalah mangsa keadaan sebenarnya.

Memang diakui, masalah penguasaan Bahasa Inggeris ini berleluasa di kawasan pedalaman. Di sana mereka tidak terdedah dengan Bahasa Inggeris. Ibu-bapa dan persekitaran mereka juga tidak terdedah dengan Bahasa Inggeris. Namun kerana itulah, kerajaan telah menghantar para guru yang berkaliber yang ditugaskan untuk menyahut cabaran ini. Di sinilah letaknya tanggungjawab para guru untuk memantapkan penguasaan anak-anak murid ini.

Pendapat aku sebagai seorang guru... ambil ia sebagai cabaran. Jangan salahkan bahasa bila kita mengajar murid tak faham. Tugas kita sebagai guru mengajar dan beri kefahaman kepada murid. Bahasa hanyalah sebagai medium perantara sahaja. Tak kisahlah bahasa apa pun yang kita gunakan, pastikan anak-anak murid faham apa yang kita ajar. Tak perlu bising-bising salahkan bahasa yang digunakan. Apakah kita boleh yakin 100% kalo kita gunakan bahasa ibunda, anak murid akan dapat faham 100% juga? Tiada jaminan kan??? Itulah aku nak tekankan...biar apapun bahasa yang digunakan, yang penting guru-guru sendiri kena ambil cabaran memahamkan anak-anak murid. Tugas kita sebagai guru adalah melaksanakan dasar. Maka sekarang ini dasar yang perlu dilaksanakan adalah mengajar Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris..maka laksanakanlah ia dengan sepenuh jiwa dan raga. Mantapkan penguasaan Bahasa Inggeris kita sebagai individu, sebelum melangkah ke kelas. Penuhkan ilmu di dada dahulu sebelum bereksperimentasi di dalam kelas. Kalau guru penuh konfiden sewaktu mengajar, murid pasti akan memberi tumpuan. Sebelum ke kelas, rancangkan dengan teliti apa yang hendak dilakukan di dalam kelas, supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Gunakanlah segala kemudahan yang telah kerajaan bekalkan supaya sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik perhatian murid-murid. Apabila murid-murid tertarik dan berminat untuk belajar, pastilah pemahaman mereka akan lebih mudah tercapai.

Tak perlulah berdemonstrasi di jalanan kerana isu PPSMI ini. Nampak segala kepincangan dan kelemahan kita bangsa Melayu apabila ini dilakukan. Sudahlah suasana di Perak masih hangat lagi, kini di tambah lagi kehangatannya. Tidakkah kita merasa ditertawakan bangsa lain,dek kerana kelantangan kita bersuara di tepi jalan ini??? Sungguh aku mual dan muak dengan orang-orang yang mengaku diri bijak pandai ini tetapi kurang rupa-rupanya... Hentikanlah semua kepincangan ini. Lebih baik kita bangsa Melayu duduk dan berfikir,bagaimanakah hendak menyatukan bangsa kita yang kian berpecah-belah ini...

9 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Alamak!ini issue berat..saya hanya mampu membaca dan menyokong..ngee..

iena hamdi said...

heheh good job intan!!

~ As ~ said...

huihhh ucapan mcm ketua wanita um*no

Xis said...

Intan/SayangIbu

I happened to read your comment in my friend, Fajar's blog. The comment you left on Amir Yusuf. I guess you are not aware on all other comments left.

My comment posted on 06-03-09 at 10:55 am, was the last one on Amir Yusuf when he was still breathing and fighting for his life.

All other comments came after that one are still on Amir Yusuf, but after we got the news from Fajar that Amir Yusuf passed away (March 6, 2009, at 1251pm Glasgow time).

Just so you know it... Al fatihah to Amir Yusuf.

Mommy Harith Hannah said...

Personally, i agree with u too... Confirm bangsa lain sdg mentertawakan kaum melayu krn issue ini... hmmm...

Mummy Dasy said...

Hanya mampu menonton ni issue berat bak kata MIMI.... sependapat ngan Mummy HnH mmg malu yang amat sgt krn melayu semua yg bt demonstrasi tu...

sayangibu said...

mimi..isu berat ye..mmg berat.. sekadar melahirkan apa yg terlintas di pemikiran shj..

kak iena..thanks...

As..ku tak kuasa berpolitik..itu hanya pandangan sebagai rakyat Malaysia sahaja..

Mr Xis...thanks for correcting me..

Ya arnie..sgt sedih mengenangkannya..

mummy dasy... sedih dan malu kan..?

Rizza said...

pandangan yg mantap dari guru...
kami byk idea utk guru2 laksanakan..jika mau le hehe..(idak le bagus sgt pun kami.. mungkin ade yg dah buat...)..

semoga jadi guru yg berkelibar...(aiik cam salah je BM aku ni heheh)

sayangibu said...

Kak rizza..marilah kita b'kongsi idea..:-)