Thursday, March 19, 2009

Misteri Kewujudan Blog...

Dengan penuh kasih sayang lagi aku di tag oleh As dan DatinSufiera hehehee... thanks my dear.... Sayanggggg korang...;)

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
My Precious - Ku pilih nama itu kerana di blog inilah ku kisahkan milikku yang paling berharga selain dari kenyiangrapikkan aku iaitu anak-anakku, suamiku dan kehidupanku.

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://myprecious-sayangibu.blogspot.com/ - hmmm...tambahan sayang ibu tu kerana aku kan dipanggil ibu oleh anak-anak dan suamiku kadang-kadang jadi 'my precious' itu menjadi kesayangan 'ibu' @ aku lah...kerana itu digabungkan jadi myprecious-sayangibu... hehehee

3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Method??? Takde pakai method hape nye... penulisanku adalah berkisar tentang anak-anak, suami dan kehidupanku. Juga apa-apa saja yang terlintas di pemikiranku.

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Waduhhhh...ngapain mau ku hapuskan??? Ini kan semacam diari hidup aku.. Sebolehnya biar laaa selamanya ada...

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
As - Owhhh...ibu Azam yang comel, dari Sabah. Suka baca penulisan sempoi As ni. As ni kepingin nak anak dara, sama laa macam aku yang dah kepingin jugak nak anak bujang..hhahahahaaa...As jugak selalu tinggalkan jejak dalam blogku... Makasih bah... ;)

Mimi a.k.a Datin Sufiera - Wahhh..senyap-senyap dah ada title yer?? hehheheee.... Mimi nih kurasakan teman maya yang rapat walopun tak pernah bersua muka. Ku teringin nak jumpa dia in person tauu...biler laa gaknye yer...? Umi kepada dua orang anak dara...sama lah macam aku kannn...:)


6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.

Aku kan...kepoci gak nak tau pasal kewujudan blog mereka ini....

- Cik Yan a.k.a CY apa-apa aje

- Cik Ealyie

- Cik Mimielola

- Cik Iszan Slurp
- cik Mrs Noba





5 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Wah ini bahana Spa Q 2 berhantu okeh!! Dan dan nama I buleh tukar ejaan pulak jadik SufiEra..keskeskes...:P..meh ah bila2 kita jumpa:)

i.s.z.a.n said...

aku suka tag ni, nanti (bila senang) aku buat yer, heheh

~ As ~ said...

sama-sama kasih bah... Ku kepingin anak dara..nak meralam bersama..

sayangibu said...

mimi..kahkahkahhh..tulah baru brp hari x bukak blog mu, tetiba dah ada gelaran baru...;p

iszan..sila buat yer..hehehhe

as..ye as..mmg sakan melaram jek laa kalo ada anak dara...;p

cysev3n said...

mak dah buat dah.. tp baru ni baca blog hang.. ampunnnn..