Selamat tahun baru 2009 & salam Maal Hijrah untuk semua. Memang cepat betul masa berlalu. Diam tak diam 2008 dah berlalu dan hari ini sudah 1 Januari 2009!!! Terasa baru semalam Ainin Sofiya dalam kandunganku, merasa-rasa kaki kecilnya menendang-nendang perutku dan Aina Suraya yang merengek-rengek mahukan nenennya lalu dengan penuh rakus meneguk susu ibu yang sedang sarat dengan perut....owhhhh...horror betul masa tu..namun puas melihat Aina terlena dalam dakapan setelah dapat nenennya. Terasa sedih kerana terpaksa memberi Aina susu formula tambahan lantaran susu ibu yang makin berkurangan...huhuhuuu..maafkan ibu ye Aina...hanya setahun sahaja Aina dapat menikmati susu ibu sepenuhnya.
Apabila Ainin Sofiya lahir, pertama kali memeluknya dan menyusukannya...terasa itulah nikmat yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Namun dalam pada itu tetap merasa sayu kerana Aina tidak lagi mahu menyusu denganku...Mungkin beralah demi adiknya...anakku, pengorbanan paling besar darimu....
Juga terasa bagai baru semalam berkongsi kejayaan anak-anak didikku yang cemerlang keputusan UPSRnya. Sebak dada apabila anak-anak didikku berjaya mencapai kemajuan dalam matapelajaran Sains yang ku ajar. Terasa hilang penat jerih menghabiskan masa rehat di hujung minggu dan juga di malam hari untuk mengajar mereka. Semua itu berlaku di tahun 2008. Suka, duka, tawa dan tangis permainan hidup yang tak mungkin berhenti selagi menjadi seorang insan yang masih bernafas di bumi ini.
Dan hari ini 2009 menjelma, terfikir pula apakah cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi di tahun ini? Apakah ada sesuatu yang manis sebagai penyeri hidup di tahun ini? Jika ditanya tentang azam...pastinya berderet harapan yang hendak disenaraikan. Apakah tercapai?? Dengan izin Allah, insyaAllah akan cuba untuk dicapai segala azam itu.
Jadi ingin kucoretkan jua azam di tahun 2009 ini, sebagai rujukan sepanjang daku melalui tahun ini..manalah tau jika terlupa...:)
1. Ingin menjadi muslimah sejati yang lebih baik dari tahun dahulu.
2. Ingin menjadi isteri yang terbaik juga taat pada suami dan redha pada setiap dugaan berumahtangga.
3. Ingin menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anakku
4. Ingin memberikan hanya susu ibu buat Ainin Sofiya sehingga usianya 2 tahun
5. Ingin gigih fully CD'ing Ainin Sofiya
6. Ingin mula mengajar Aina Suraya secara ekslusif (target supaya Aina boleh mengenal huruf dan nombor dengan baik tahun ini)
7. Ingin menjadi guru yang baik dan mendidik anak-anak murid supaya cemerlang
8. Ingin menjadi manusia yang lebih berjimat, kurang bershopping dan banyakkan simpanan (ini azam yang paling susah okehhhh..bolehkah???..huhuhuuuu)
Okeh..cukuplah 8 ini...banyak-banyak nanti takut tak tercapai pula kannn...semoga daku berjaya mencapai azam ini....Aminnnnnnnnn
Thursday, January 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Selamat Tahun Baru! Semoga segala impian dan azam tercapai yek..sedihnya baca kisah aina and ainin di atas nun..sob sob..
ye mimi...semoga kite sama-sama dpt mencapai azam masing-masing..sedihkah? yang melaluinya lebih lagi..huhuhuuuhuuuu
selamat tahun baru..semoga tercapai azam 2009.. (nak jg berazam, tapi dah ada Azam..huhuhu )
Post a Comment