Wednesday, January 14, 2009

Kerja Bermula...

Hari ini saya telah berjaya mengumpulkan semua data maklumat guru-guru untuk dikemaskini. Almaklum awal-awal tahun ini perlu mengemaskini semua maklumat guru-guru dan juga murid-murid. Itu kerja saya yang memberikan saya keistimewaan kurang masa mengajar. Data murid-murid masih dalam proses pengumpulan. Saya akan selesaikan pengemaskinian data guru-guru dahulu. Mujur sekolah saya tidak ramai murid dan guru. Bilangan murid sekitar 400++ dan guru 36 orang sahaja. Owh..tidak lupa maklumat sekolah. Apa harta terkini yang sekolah miliki perlu dikemaskini juga.

Semua maklumat guru yang telah dikemaskini saya masukkan ke dalam satu fail berwarna kuning. Fail ini bersama laptop akan saya bawa ke hulu ke hilir untuk beberapa minggu ini sehingga proses pengemaskinian data selesai. Saya bawa balik fail kuning ini ke rumah dengan harapan dapat mengemaskini sedikit. Tapi nampaknya tidak berjaya. Hari ini Ainin asyik nak berkepit dengan saya. Aina pula asyik potpet potpet, mengajak saya berbual. Owhhh...saya tidak boleh mengemaskini data kerana ianya memerlukan pemerhatian penuh saya. Mungkin tengah malam nanti jika saya tidak belayar awal, saya akan melakukannya.

Dateline belum dikeluarkan dari pejabat pendidikan daerah. Biasanya penghujung bulan ini atau awal bulan depan saya perlu menghantar data yang telah dikemaskini. Jadi saya masih ada masa yang panjang untuk menyiapkannya. Namun saya mahu selesaikan semuanya awal-awal. Sebab saya tahu kalau last minit baru nak buat, confirm ada saja yang tak kena nanti. Okey...kerja saya sudah bermula... Mari bekerja.... ;)

3 comments:

Ealyie said...

beb,
bek ko siapkan keje2 berdateline ko tu sume sblm aku mengajak ko utk beronggeng2 ke tempat yg 'satu' ittew.. aku da dapat signal dari member aku utk sound directkan dia skali sbb dia pon nak meronggeng2 skali ngan kiterr....;p

sayangibu said...

wallaaa...kalo meronggeng di luar waktu keje x pe beb..dateline tu dlm waktu keje jer..kehkehkehhhh

Ciklinn said...

alahi cikgu sibuk yer....