Gambo-gambo di bawah nih dah beberapa hari ku amik, tapi tak boleh upload, jadi ku peram dulu lah niat mengentrinya.
Hampir 3 minggu melepak kat umah mak ku ini telah membuka hatiku terhadap satu hobi baru iaitu........GARDENING @ BERKEBUN @ MENANAM BUNGA atau apa apa ajerlah yang sama dengannya. Well...bukan senang okeh untuk ku terbuka pintu hati terhadap bidang perkebunan ini. Biarpun mak ku dah lamaaaaaaaaaaaaaaaa giler berkecimpung sebagai penanam bunga yang tegar sehingga tanah kat belakang rumahnya dah jadi bagai kebun bunga a.k.a nursery makcik Odah. Memang cantik sebenarnya. Dan pihak Majlis Bandaran Pasir Gudang pun senang hati sebab tak payah nak upah orang mesin rumput kat situ. Nanti akan ku upload pula gambo kebun bunga mak ku. Macam-macam bunga yang mak tanam. Sireh pun ada di tanamnya, masa ku kawen dulu, takyah susah-susah nak beli sireh. Oppsss...tammo citer banyak pasal kebun bunga mak, nanti aku nak buat entri lain bile ku upload gambo kebunnya okeh..
Yang nak ku kisahkan nih adalah...entah kenapa tiba-tiba tangan nih rasa gatal pulak nak membela bunga. Mungkin sebab aku sangat tak ada kerja buat masa ini..jadik macam ala-ala bosan kannn. Lagipun aku boring juga tengok halaman asmaraku eh maksudku halaman rumahku yang sepi tak berwarna-warni. Dulu masa baru-baru kawen, mak ada bagi dua pokok bunga, tapi sekarang satu sudah mamfusyyyy akibat 'kerajinan' aku menyiramnya. Tinggal satu lagi pokok yang begitu gigih terseksa hidup dengan tuannya yang sangat 'rajin' ini...hehehhee...
Juga mak aku telah menanam pokok helicornia kat depan rumahku, tapi aku yang memang berbakat menjadi gardener ini telah menjadikan helicornia itu begitu merimbun sehingga menyerupai hutan simpan. Ada meter air di celah-celahnya dan aku rasa pakcik yang ambil bacaan meter itu pasti menyumpah-nyumpah kerajinan aku merimbunkan helicornia itu hingga susah dia nak amik bacaan meter tersebut...ampun pakcikkkk....gegeggegeee...
Dan oleh kerana aku tertarik untuk menjadikan gardening ini sebagai hobi baru maka, aku telah mengheret mak aku ke nursery (yang pastinya mak aku memang hover suke ke sini) untuk membeli pokok bunga. Kalians pasti tertanya, kenapa tak rembat ajer dari kebun bunga mak aku tu?? Owhhh tidak...mak aku telah mengwarning aku agar tidak merembat pokoknya sebab aku dah mensia-siakan pemberiannya dulu, jadik kalo aku nak bercucuk tanam silalah beli sendiri supaya aku ada perasaan sayang nak biar pokok itu mamfusyyyy....huhuhuuu..mak aku kejamkahhhh??? Jadi aku pun telah membeli empat spesis pokok iaitu...Pokok Bunga Raya, Pokok Mahkota Berduri dan lagi dua spesis mintak mahap haku tak tau hape ntah nama dia..cuma yang pasti sangat shanteqsss pada pandangan mata rabunku ini...
Tu diaaaaaa...Pokok yang paling ujung dekat tembok kaler merah tu lah yang mak aku bagi dulu. Di sebelahnya pokok bunga raya, pokok unknown, pokok mahkota berduri dan pokok unknown lagi. Nampak shanteqs tersusun...:)
Aku juga telah membeli racun serangga bersama botol spraynya. Owhhh...Mak aku telah memberi ehsannya untuk mengsponsor baja bunga dan baja daun sebab dia ada banyak baja ini. Aku memang sangat excited sekarang. Aku berazam akan menjaga pokok-pokok ini btol-btol. Bila hubby balik nanti, pasti dia tersenyum senang melihat laman asmara kami berseri-seri. Dan bolehlah aku mengheretnya ke nursery nanti supaya dia pula boleh belikan pokok untuk aku lagi..hehehheheee...Pasti dia senang hati juga sebab akhirnya aku ada hobi yang berfaedah selain dari asyik berblogging & membaca novel. Tapi kalian jangan risau..daku tetap akan berblog. Ini hanyalah penambahan hobi sajer...
Okeh...ini...dengan bantuan emakku pekebun berjaya, maka telah dicantas helicornia yang merimbun laksana hutan simpan sebelumnya. Gambar sebelum dicantas tidaklah ku upload, ala-ala segan gittewwww...kihkihkihhhhh...
Jadi kaliansss....sila doakan aku berjaya dalam hobi baru aku nanti yer..terima kasih....
**UPDATE**
Pagi ni mak aku beritau yang dia dah semaikan anak pokok bunga melati (wangi tawww bunganya) dan juga nak beri aku pokok bunga tiga bulan (bunganya kaler biru). Dia suruh aku beli pasu ajer...ehheheheee...sian jugak mak aku kat aku yang baru nak mencintai alam hijau nih...psstttt...pasni bolehlah aku mengendeng2 bunga-bunga orkidnya yang berkembang biak ittewwww...geggegegeee..korang rasa ada can tak???? .... :p
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Sayangibu, Nanti kalu pokok bunga dah sakan berbunga update yer! upload gambar pokok dengan bunga2 nye..okie...=D
owhhh...sudah semestinye..tengoklah apakah tanganku ini sesejuk tangan omakku..:)
waaahhh.. syok ooo tanam pokok bunga niii tapi aku tak boleh laaa, tangan aku panas, tak sesuaiii but aku minaaaaat sangat!!
lawak laa ayat ko.. menggeletek aku ketawa kat cni..
btw, gud luck dgn hobi baru ko tu yek ;)
beb, siang2 kan laki ku da sound nak simen habis tanah sekangkang kera kat umah tu bulih???? sbb dia tak harap aku utk menjaganya..ekekeke.. sbb nya kan dia pon tak bole diharap sama!!!!
sweetdarling..lom tau lagik nih panas ke sojuk tgn den nanam pokok nih..baru nak cuba try test beb...
sha..kahkahkahhh..sbenornya yg plg lawak bg aku ialah keinginan bercucuk tanam yg tetiba menggebu2 nih.... btw..thanx yer..
wehh ely...kalo simen pon xpe sebenarnya sbb kalo ko tetibe meroyan nak bela bunga cam aku, tanam dlm pasu jek...:D
Post a Comment