Hari ni hari ketiga sekolah, baru hari ni boleh update blog. Huhuhuhuuuu....nape ye??? Sbenornye banyak idea yang nak dicoretkan, tapi macam tak berkesempatan. Kadang-kadang dah buka blog ni, ketandusan idea pulak...walhal ada macam-macam kisah yang teringat dalam kepala otak nihhh.
Tak tahu laa kenapa, bila malam...terasa cam penat sangat lah pulak.. Dah dua malam, on laptop sambil baring-baring dengan Ainin. Konon-konon lepas nenenkan Ainin, Ainin tido, ibu nak berblogging. Tapi sudahnya, dengan ibu terlena skali....huhuhuuuuu.... Kenapa penat sangat nih??? Walhal, balik sekolah masih macam biasa, pukul 2. Pulak tu, balik dah tak payah nak berkejar-kejar memasak @ kemas umah. Cuma jaga anak dara dua orang tu je. Tu pun kadang-kadang Aina asik nak menempel ngan tok maknya. Jadi cuma jaga Ainin saja... Penat jugakkah??? Mungkin lah agaknya sebab dah lama sangat berlepak-lepakan di rumah kot...hehehheee
Cerita pasal sekolah...
Hari ni hari ketiga persekolahan bermula. Biasalah, hari pertama ibu-bapa ramai yang menghantar anak ke sekolah. Terutama anak-anak di tahun 1. Sampai ke waktu rehat ditunggu...hehehheee...... Hari kedua pun masih ada yang menunggu. Hari ni...emmm, tak ada kot? Tapi tak taulah waku rehat nanti. Namun begitu, tak ada kes menangis-nangis tak mau ke sekolah. Ibu-bapa juga tak adalah menunggu kat tepi pintu dan tingkap kelas. Semuanya berjalan lancar. Anak-anak didik ibu tahun ini, nampaknya di permulaan tahun masing-masing masih berdisiplin. Almaklum tahun baru, semangatnya pun masih panas lagi. Harap-harap berterusan hingga ke akhir tahun nanti. Anak-anak didik ibu di tahun 6 yang paling ibu risaukan. Maklum ketika di tahun 5, sikap masing-masing amatlah tidak menyenangkan hati para guru. Sikap sambilewa dan kurang menghormati guru. Namun tahun ini nampaknya mereka agak berubah. Mungkin kerana guru kelasnya yang serius dan garang, yang tak beri muka pada anak-anak ini. Garang bukannya tak bertempat ye. Garang kerana hendak mendidik kerana anak-anak ini jika dimanjakan terlalu lembut, mereka tidak menghormati guru. Bila tak hormat guru, kerja mendidik pun menjadi lebih susah. Begitulah....
Harap-harap segalanya berjalan lancar. Ya Allah...Engkau terangkanlah hati anak-anak didikku semoga mereka dapat menerima ilmu dengan mudah dan lancar...Amin...
Wednesday, January 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Samalah kita dah cuti panjang pastuh penatnya naik kerja..isk isk
Post a Comment