Hari ini 18 Januari 2009.. Genap usia Ainin Sofiya 6 bulan. Bermakna genap 6 bulan juga perjalananku menyusukan Ainin dengan jayanya..Alhamdulillah!!!
6 bulan juga Ainin Sofiya menikmati hanya susu ibu sahaja. Pejam celik, pejam celik, serasa cepat betul masa berlalu, terasa macam baru semalam memeluk Ainin sambil menyusukannya buat pertama kali. Ini kiranya macam pra-grad lah untuk aku. Perjalanan pertama dipermudahkan Allah. Bekalan susu buat Ainin Sofiya sentiasa mencukupi... dan aku amat bersyukur kerana diberi kesempatan dan dipermudahkan dalam proses penyusuan ini. Ainin Sofiya juga diberi kesihatan yang baik sepanjang 6 bulan ini. Belum ada demam-demam sehingga kini. Semoga ketahanan tubuhnya juga tinggi seperti kakaknya. Fizikal Ainin Sofiya juga berkembang dengan baik sekali. Perkembangan psikomotornya juga seperti bayi-bayi lain. Hingga kini, Ainin Sofiya sudah pandai meniarap, reversed, berpusing-pusing 360 darjah. Dia sudah boleh mengangkat-angkat dadanya, mungkin sebagai persediaan untuk merangkak pula. Tadi Ainin Sofiya ku bawa ke Paednya untuk suntikan Hepatitis B. Beratnya kini 8.4kg...Alhamdulillah. Selepas ini, Ainin akan jumpa Paednya lagi di usia 9 bulan nanti untuk memantau beratnya.
Dan bersyukurku jua kerana anakku ini memang tidak banyak kerenah. Amat mudah menjaganya. Setelah perutnya kenyang, pasti dia akan lena tidur. Jarang benar dia menangis berpanjangan. Ainin Sofiya sudah ku perkenalkan dengan makanan pejal. Kini dia sudah makan bubur yang kukisar bersama carrot atau lain-lain sayuran. Di usia tujuh bulan kelak baru akan ku tambah ikan di dalam buburnya. Sehingga kini, Ainin Sofiya minum 5oz susu untuk sekali penyusuan. Jadi sehingga tempoh bekerjaku, Ainin memerlukan dalam 10-15oz sehari. Masih mampu ku sediakan. Stok susuku masih banyak di dalam freezer. Sejak kembali bertugas tempoh hari, aku belum lagi menambah stok EBM ku lantaran agak sibuk di awal musim persekolahan ini. Setiap hari, aku mengepam hanya untuk bekalan Ainin Sofiya keesokannya. Mungkin aku perlu kembali menambah stok kerana perjalananku menyusui Ainin Sofiya masih panjang lagi. Aku benar-benar berharap dan berdoa agar dapat menyusukan Ainin Sofiya sehingga ke usia 2 tahun. Jika boleh aku tidak mahu mengulang kesilapan lalu (yang tidak mahu kuingat lagi).
Jadi...chaiyooo chaiyoooo buat diriku. Jangan malas-malas mengepam. Cekalkan hati supaya dapat teruskan perjuangan menyusui Ainin Sofiya hingga ke-2 tahun kelak. Ucapan untuk abah Ainin Sofiya, selepas 2 tahun nanti baru beri Ainin adik okeh...bolehkah??? hehheheheee...
Untuk semua ibu-ibu yang menyusukan bayinya, semoga kita berjaya GRAD dengan cemerlang...Aminnnnnn............. * Ini gambar terbaru Ainin Sofiya (dan ibunya) yang baru ku ambil petang tadi... :)
Sunday, January 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Sayangibu--> Semangat betul Ainin!!iskisk..jeles2...tahniah yer dah grad 6 bulan..jangan malas2 pam Okie...(pesanan utk diri sendiri gaks)..
mimi..tengkiu..tengkiu..mmg semangat mimi, sampai x larat ibu dia nak pegang lama2..huhuhuuu.. ye btol..jgn malas2, kalo malas 'rotan' diri sendirik... hehehheee
chaiyok! chaiyok!
mesti boleh sampai ainin 2 tahun ya!
sayangibu...
alhamdulillah...dah 6 bulan ye..moga dapat terus fully bf dengan jayanya sehingga 2 thn
congrats!! dah 6 bulan dah BF yerk... semoga dapat teruskan...
tahniah
mama hafiy..chaiyok chaiyok juga..kita blh..malaysia blh..:)
kak ina...thank you
afkar'z..thans..:D
fid..thank you..;)
congrats bebeh!!
cayookk cayookk.. jgn culas mengepam ;)
tahniah... heheheh semoga kita sama2 berjaya... lebih 2 thn pun tak per kot..
macam kak iena dulu anak no 2 sampai 2 thn setengah... mia ni pun skrg dah 1 thn 2 bln.. harap2 cukup la kot hingga 2 tahun..
adik lagi?.. hehehe sama la kita... harap2 kalau ada rezeki.. tapi nak thn 2010,.. wah...
Sha..caiyok caiyok utk mu jua..heheheee...
kak iena..2 lah kak, kalo si adik muncul tercepat..payah laaa nak cecah 2 thn BF mcm si kakak dulu...hehehheheee
Post a Comment