Saturday, January 10, 2009

Imam VS Ayat-Ayat Cinta

Saya suka membaca blog penulis tersohor, Norhayati Berahim yang sangat saya minati penulisannya. Hari ini, saya terbaca entri di blognya, disini. Beliau memberi komen tentang perbandingan novel IMAM karya Abdullah Hussain dan AYAT-AYAT CINTA yang sedang hangat diperkatakan.

Tertarik dengan komentarnya, saya ingin membuat perbandingan juga. Novel Ayat-Ayat Cinta sudah saya khatamkan. Balik dari sekolah tadi, saya singgah di kedai buku berhampiran. Niatnya ingin mencari novel tersebut. Sayangnya IMAM merupakan sebuah novel lama. Tiada lagi dijual di kedai buku tersebut. Owhhhh...kecewanyaaa....Namun saya tidak berputus asa. Saya singgah pula di perpustakaan awam berhampiran. Saya cari novel tersebut dan Alhamdulillah...ada!!!! Yeayyyy...Tanpa membuang masa, saya mendaftar sebagai ahli bagi membolehkan saya meminjam novel tersebut.

Jadi..novel IMAM sudah berada dalam tangan saya. Akan saya cuba habiskannya secepat mungkin supaya saya boleh membuat perbandingan di antara keduanya. Kalian bagaimana? Apakah ada di antara kalian yang pernah membaca kedua-dua novel tersebut?? Kongsikanlah...:)

1 comment:

As a.k.a Mrs NoeL Khairulniza said...

as pun minat dgn novel norhayati berahim ni..tapi sejak dilantik jadi ibu, tak pernah ada masa...