Malam tadi aku dapat berita ibu kepada sahabat baikku telah kembali ke rahmatullah. Sungguh mengejutkan, dan lebih menyayat hati, ibunya menyusul pemergian ayahnya yang baru 10 hari menyahut panggilan Ilahi. Alangkah pilunya..aku sebagai seorang sahabat turut merasa kepedihan itu,apatah lagi anaknya. Belumpun hilang kesedihan kehilangan si ayah,kini ibu pula yang menyusul. Begitu beratnya dugaan yang menimpa temanku itu.
Pagi tadi, sebelum ke sekolah, aku telah pergi melawat jenazah ibu sahabatku. Sebaik melihatku, dia memeluk & menangis di bahuku.."Mama dah tak ada, intan"...Luruh hatiku, tak dapat kutahan-tahan airmata...kami menangis bersama. Sayu sungguh suasana di pagi yang hening itu.
Alkisah...pemergian ibunya memang tidak diduga. Semuanya,angkara si 'ibu muda @ ibu tiri' sahabatku itu yang baru dinikahi arwah si ayah lewat 3 tahun lalu. Sahabatku berkisah, sejak pemergian ayahnya, surat mati si ayah masih lagi tidak diberikan kepada mereka adik-beradik. Dalam diam si ibu tiri sengaja tidak memberi surat mati tersebut kerana agendanya yang tersendiri (berkaitan dengan soal tuntutan). Dalam diam juga, si ibu tiri telah memburukkan arwah ibu sahabatku kepada kenalan arwah ayahnya. Arwah ibu sahabatku kemudian dipanggil oleh pihak masjid untuk bertemu si ibu tiri bagi membincangkan soal tuntutan dan sebagainya. Dan di situlah segalanya terjadi. Mungkin kerana kata-kata yang menyakitkan hati arwah, arwah ibunya mengalami sesak nafas dan kematian datang menjemputnya..
Bagaikan kisah di dalam drama..tapi itulah yang terjadi. Arwah yang ku kenal sejak zaman persekolahanku merupakan seorang ibu yang begitu baik, lembut dan penyayang. Aku tahu beliau telah lama memendam rasa di dalam rumahtangganya. Aku tahu dia telah lama menderita jiwa dan perasaan. Dengan rendah hati, dia meredhai pernikahan suaminya dengan wanita lain. Dan begitu pula pengakhiran hidupnya...Alangkah...Bagi aku yang mengenali dan memahami situasinya...Alangkah kejamnya perempuan itu. Sudahlah merampas hak wanita lain..hingga menjadikan kehidupan wanita lain pincang dan memendam rasa. Setelah ketiadaan si suami, dia pula menabur fitnah. Tamatlah sudah penderitaan arwah. Tinggallah sahabatku bersama 5 adik-adiknya. Kini menjadi tanggungjawabnya menjaga kebajikan adik-adiknya, 3 orang adiknya masih bersekolah. Harapanku semoga dia dapat menyelesaikan hak tuntutan mereka adik-beradik supaya nasib anak-anak yatim-piatu ini akan terbela. Doaku semoga roh kedua-dua arwah dirahmati Allah..Alfatihah....
Thursday, November 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Alfatihah buat yang telah perhi...yang msih hidup teruskan hidup kuatkan semangat tabahkan hati..peace;P
Al-fatihah.. secebis kisah kehidupan untuk pengajaran kita semua..
Kasihan...itu lah manusia. Kerana harta sanggup buat apa saja.
membuatku terharu
Post a Comment