Wednesday, November 5, 2008

Surat Cinta...

Kepada Nabila...
Nabila, aku suka kat kau. Bagi aku kau perempuan yang cantik yang aku pernah jumpa. Tapi kau suka marah-marah. Aku suka bila kau senyum. Setiap hari aku mesti nak tengok kau. Aku tak boleh tidur kalau kau tak datang sekolah. Tapi kau suka marah aku. Aku tau kau tak suka aku tapi aku suka kau. Aku tau kau suka Aiman tapi aku memang suka kau. Ya Allah,biarlah Nabila suka aku...amin...
Sekian.

Yang suka kat engkau,
Faiz

Surat cinta dari murid tahun 4 kepada rakan sekelasnya yang kuperolehi hari ini di sekolah. Bukan perkara pelik lagi sebenarnya. Senario 'surat cinta' mmg melanda anak-anak sekarang di sekolah rendah. Malah tahun 1 pun ada...Memang cuak bila melihat keadaan anak-anak kita sekarang. Itu baru kes surat cinta. Tak masuk lagi kes tulis benda-benda lucah. Ternyata anak-anak sekarang begitu 'advance' pemikirannya dibandingkan dengan zaman aku bersekolah rendah sekitar tahun 1986-1991 dahulu. Zaman kanak-kanakku tak pernah pun kenal perkataan 'cinta'..apatah lagi yang lucah-lucah ni. Tapi kanak-kanak sekarang memang advance.. Suatu hari seorang anak muridku di tahun 3 mengatakan kepadaku,
"Cikgu, K****** cakap dia nak romen saya!!!!..."
Tersentap hatiku...isk...aku panggil anak muridku itu dan bertanya kepadanya..
"R**** tu apa?"
Dia hanya tersipu-sipu. Setelah dua tiga kali mendesaknya, ini jawapannya..
"R**** tu cinta laa cikgu, pegang-pegang, cium-cium"
"Siapa ajar awak? Mana awak tahu?"
"Ala cikgu, dalam tv kan ada...abang saya yg cakap tu r****"
"Tak boleh cakap macam tu. Tak baik. Awak kecil lagi...tak boleh buat macam tu faham?"
"OOO budak kecik tak boleh ke cikgu? kenapa orang besar boleh? mak dengan ayah pun r****?"
erkkkkk....alamak.....
"mana awak tau?"
"Saya nampak malam-malam dalam bilik"
"K******...dengar sini cikgu nak beritahu, perkara tu boleh berlaku utk orang yang dah kahwin saja..Kalau tidak berdosa besar. Awak takut dosa tak? Siapa yang boleh kahwin? org besar kan? budak kecik x boleh kahwin. Nanti bila awak dah besar, awak pun boleh kahwin. Tapi sekarang ni, awak kecik lagi...awak kena belajar rajin-rajin, nanti boleh kerja, baru boleh kahwin. Cikgu tak nak awak sebut lagi macam ni ok? Kalau tak nanti cikgu beritau guru besar. Awak faham tak?"
"Faham cikgu"
Kesimpulannya di sini.. dengan pendedahan yang terlampau di tv, majalah2 & sebagainya. serta sumber-sumber yang tak terkawal,almaklum dunia tanpa sempadan..semuanya di hujung jari..amat penting ibu-bapa mengawal keterbukaan ini. Memang bagus kawalan ketat dan ketegasan orang tua kita zaman dahulu, sekurang-kurangnya dapat menghalang kita dari terlalu terbuka. Ramai yang kata cara didikan dahulu tidak sesuai utk zaman sekarang. Tapi bagi aku, bukan semuanya yang tidak sesuai..ketegasan ibu-bapa memang sangat penting dalam mendidik anak-anak. Selain dari itu...suami-isteri kalaupun hendak ehem-ehem pun, pastikan lah jangan sampai terlihat dek anak-anak. Bukan hanya utk anak yang telah bersekolah...malah untuk anak-anak telah faham (seawal usia 2 tahun). Macammana agaknya kalau situasi-situasi di atas berlaku pada anak-anak kita? Fikir-fikirkanlah...



7 comments:

lia said...

aishhh...
ketaq lutut baca entry ni...

mak, bapak kna main peranan plng besar ni....
ambil tahu semua n layan ank mcm kawan so that ank akn cerita n tahu semua bnda dari kita...
n Insyalh kita boleh bg pnjelasan yg betul, bkn terpesong mcm dlm tv...

::Umi Sufira:: said...

Sayangibu sungguh saya takut betul bila tau scenario macam nih! Ya Allah lindungilah anak kita suma dari perkara2 macam tuh...amin...

mirah said...

wah dashyat budak2 sekarang. Eh sayangibu, mamcne blh dapat surat cinta tu? Teringat juga dulu zaman2 sekolah ada lah dpt surat dr admirer lah kononnya, tp buat tak layan, ye lah kita ni ketua pengawas, kan jadi contoh tak baik pula.. Lagipun, takde lah mereka ni cakap direct suka mcm contoh surat tu..tu masa saya form 5 dah. Budak2 tu darjah 4 lagi..huhu..

Tapi sungguh, risau bila baca cerita awak tu, takut anak2 kita nnt macamne lah situasinya.. harus juga boikot tv ni..

Ealyie said...

Btul ke intan?? huishh.. tu la kan, seram sejuk kita bila dengar menda2 mcm ni..lebih2 lagi bila kita sndri da ber'anak' nie..
Kita kongkong pun takat kt umah tapi kat luar camne kita nak pantau? Apa pun kita bole didik sedari awal n dari rumah bg yg terbaik utk mereka..

sayangibu said...

Lia...mmg btol,peranan mak ayah tersangatlah penting. walopun guru-guru di sekolah tugasnya educate anak2,tp mak ayah x blh lepas tgn begitu sj.

roza..mmg mcm2 senario kat sekolah skrg ni..ngeri tawww...sama2 kite berdoa semoga anak2 kite dilindungi dari perkara2 begitu..aminnn

mirah...budak skolah rebdah,biasalah...mengadu yg kawannya dpt surat chenta..hehe..kalo sek men tu,da beso...ni sek ren lg dah pandaiiii...

ely...mmg,jd parents skang lebih mencabar...x mcm dulu lagi. kita semua kena bersiap sedia seadanya utk menangani anak2 nanti

Mummy HnH@arnie said...

uisk, ingatkan ayat2 dr novel td, rupenye true story...

adeh, takutnya zaman skrg nie, budak2 sungguh advance ekk...

ealyie SIL said...

teruja dengan topik ini... boleh dijadikan panduan supaya kita lebih berhati2 dalam mendidik anak2 tercinta....