Thursday, November 13, 2008

Happy birthday Aina Suraya...

Perjalanan waktu begitu cepat berlalu. Diam tak diam hari ini, 13 November 2008...Aina Suraya genap berusia dua tahun. Masih terasa lagi kepayahan selama sembilan bulan membawa Aina dalam kandungan. Seperti baru semalam ibu melahirkan Aina, memegang Aina yang begitu kecil dan murni dalam pangkuan ibu. Begitu cepat Aina membesar. Betapa ibu mensyukuri kehadiran Aina di dalam hidup ibu dan abah. Terima kasih Tuhan kerana Engkau telah mengurniakan anak yang sihat dan sempurna di dalam kehidupan kami suami-isteri.

Hari ini, balik dari sekolah, ibu bawa Aina berjalan-jalan...berdua sahaja dengan ibu. Abah tak dapat ikut sama sebab terlalu sibuk kat opisnya. Tak apa kan Aina...seronok melayan Aina, kami berdua having our own sweet time together. Aina pun nampak happy jalan-jalan dengan ibu. Ibu bawa Aina ke Jusco Tebrau City. Hari ni first day tayangan Madagascar...pertama kali ibu bawa Aina menonton wayang bersama. Aina nampak seronok sangat. Yelah dapat tengok kartun dalam skrin besar giler. Dia asik kata..."Ibu...TV becar"...hehheheee.... tapi separuh jalan boleh pulak dia tido..chet..dalam bising2 tu, elok jek melentok atas ibu...hahahhaa....ibu layan sorang jek lah...ada laa setengah jam dia tertido. Bila bangun sambung tengok lagik..Aina..Aina...
Lepas tengok wayang, ibu bawak Aina p toys r' us...carik toys untuk Aina macam yang ibu janji semalam. Punyalah dalam banyak-banyak mainan yang ada, sikit pun dia tak heran, tapi bile nampak Barney yang bersusun kat rak...dia dah tak tentu arah.."nak Barney...nak Barney.."
Sebab Aina begitu suka sekali kat makhluk purple ittew...maka ibu pun ambik lah jugak. Puas ati Aina bila dapat cik Barney baru. Bolehlah Aina...buat ganti beg Barney Aina yang dah koyak dulu yer...Lepas tu, kami pun pulang. Gambar kat bawah tu adalah gambar-gambar bersama Aina hari ni..(except yang duk terlentok atas kerusi itu yer...).

Selamat ulangtahun yang ke-2..Aina Suraya. Semoga Aina Suraya membesar sebagai anak yang solehah, bijak & rajin. Ibu dan abah sayangggg Aina sangat-sangat...

p/s...thank you roza..sebab memperkenalkan shutterfly studio nih...i like.... :D

7 comments:

::Umi Sufira:: said...

Happy Birthday to Aina! Semoga panjang umur murah rezeki...BTW, cantek betul ibu susun gambar Aina yek..mesti ibu kerja keras nak susun gambar2 tu ye...kekeke...

lia said...

happay birthday aina sayang...
InsyaAllah... jadi anak yg soleh, dgr kata ibu dan abah ya...

Arif Iskandar said...

Happy Birthday Aina Suraya...
Semoga terus menjadi anak solehah dan kebanggaan keluarga..

Our Dreams Of Life said...

Happy 2nd birthday Aina....

Ealyie said...

Selamat Hari Lahir Aina!! Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Nya.. Nanti ajak ibu kita dating ramai2 dgn Iris ye...;)

mirah said...

Selamat hari lahir yg ke-2 yea aina. Auntie mirah doakan moga aina jadi anak yg solehah penyejuk hati ibu dan abah yea..

sayangibu said...

roza,lia,arif,kak ina, ely & mirah.. thank you 4 the wishes!!!