Monday, November 10, 2008

Kembalikan Cintaku...

Kembalikan Cintaku...Karya terbaru Norhayati Berahim, salah seorang novelis pujaan ibu. Ibu terpandang novel ini yang masih bersampul plastik kerana masih tak sempat-sempat nak baca. Novel ni kalo tak silap ibu beli sehabis berpantang,dalam bulan 9 lepas. Selalunya, pantang ada buku baru, dalam dua tiga hari gerenti khatam. Paling lambat pun seminggu. Tapi nampaknya kali ni..memang tak berkesempatan betul. Sedari dalam pantang, ibu masih lagi tak dapat menghabiskan novel Ada Rindu Di Wajahmu karya Syamimi Aminolah. Hadoi... sekarang, kalo membaca sambil nenenkan adik Ainin, dapat lah dua tiga page sebelum ibu sama-sama belayar di alam mimpi bersama adik Ainin. Penat sangat ke ibu? Mungkin jugak... lagipun ibu rasa masa ibu dah tak banyak terluang. Kalopun ada masa terluang sekarang ni, ibu asik mengepam (dah tak bulih M lagik okessss!!!!) takpun melayari jaringan susuibu.com, ataupun meng'update' blog yang rasa-rasa dah jadi hobi baru ibu. Jadi hobi ibu yang satu ini, agak tergendala perjalanannya. Apapun, kalo berjalan-jalan carik pasal kat kedai buku, tangan ibu masih gatal-gatal manjer lagik beli novel, nak-nak kalo air tangan novelis kesukaan ibu iaitu Norhayati Berahim dan Ramlee Awang Murshid. Hmmm...nampaknya, ibu kena cepat-cepat khatamkan Ada Rindu Di Wajahmu. Rasa tak sabar pulak nak teruskan hobi lama ibu ini. Ada tak mommies lain yang suka baca novel macam ibu ekkkk????


Separuh dari koleksi yang ibu ada...

1 comment:

~Umi.Sufira~ said...

Sayangibu, saya suka sangat...Ombak Rindu antara yang saya minat...tapi tu masa Syaura umur 3 tahun ke atas harituh...banyak masa terluang..memang betul kata sayangibu, bila dah ada anak kecik nih memang schedule terpaksa ubah sikit..lagi2 fully bf..nantilah bila dah besar2 sikit baru boleh start balik hobi membaca tuh...=D