Kisah ini ingin saya coretkan di sini supaya suatu hari nanti Aina Suraya akan memahami mengapa ibu telah gagal memberi Aina susu ibu hingga Aina berusia dua tahun.
Saat mengandungkan Aina,saya masih belum membuat keputusan untuk menyusukan Aina dengan susu apa. Hidup dikelilingi dengan orang-orang yang tidak mesra susu ibu. Masing-masing mencadangkan susu formula yang itu dan ini, yang kononnya 'terbaik' untuk bayi.
Saat Aina lahir, ketika Aina diletakkan di dalam pelukanku, ketika dengan rakusnya dia meneguk air susuku buat pertama kalinya, menitis air mataku. Dan di saat itulah,maka saya membuat keputusan bayiku ini akan kuberi susu ibu sepenuhnya. Wahh..memang syahdu sungguh saat itu. Terima kasih buat nurses di Hospital Sultanah Aminah yang begitu friendly waktu itu,mengajar saya cara yang betul menyusukan bayi.
Dan semangat menyusukan Aina Suraya memang menggebu-gebu selepas itu. Masih saya ingat, mak merajuk sebab saya tidak izinkan untuk Aina diberi susu formula...maaf mak!!! Waktu itu ilmu breastfeeding memang zero. Yang ada hanyalah keinginan menyusukan Aina yang menggebu-gebu membuatkan saya berusaha untuk terus menyusuinya biarpun saya sedar waktu itu susuku tidak sebanyak mana. Bila mak bising takut-takut Aina tak mahu minum dari botol bila saya mula bekerja, maka saya cuba mengepam susu. Waktu itu langsung tak tahu kewujudan double pump, elektrik pam bagai nih. Yang tahu, guna pam jenis lama yang perlu picit guna bebola pam itu..hahahhaaaa...memang kelakar,sbb susu langsung susah nak keluar,dan bila penat mengepam, suamiku pula jadik tukang picit pam....:)
Kemudian suamiku belikan manual pump pureen. Ok lah guna pump ini. Mampu juga ku dapat 4-6oz sekali pam. Pun begitu, waktu dalam pantang, tidak langsung tahu perlunya menyimpan stok susu.
Naik kerja selepas pantang...terus juga gigih mengepam menggunakan pam pureen itu untuk menyediakan bekalan buat Aina Suraya esok harinya. Alhamdulillah,mampu juga bekalan Aina saya sediakan sehinggalah Aina berusia 6 bulan. Selepas 6 bulan, Aina sudah tidak mahu langsung menyusu menggunakan botol. Puas menukar satu puting ke satu puting, tetap dia tak mahu. Dia mula reverse cycling. Sepanjang waktu kerjaku, lebih rela tidur atau tak minum langsung dan menungguku pulang kerja barulah dia menyusu dengan sepuas-puasnya. Jadi selepas dari itu, saya tidak mengepam lagi.
Penyusuan seenuhnya Aina Suraya berterusan dengan jayanya selepas itu, sehinggalah apabila Aina Suraya berusia genap setahun, saya disahkan hamil lagi. Perasaan bercampur-baur. Sedih, gembira... sedih kerana mengenangkan Aina yang masih menyusu. Gembira kerana dikurniakan rezeki lagi. Saya mula memikirkan keperluan untuk memberi Aina susu formula. Maka dari saat itu, Aina pun diberi susu formula sebagai tambahan saat saya tiada. Aina minum sedikit..4oz saja,sedangkan dia berusia setahun waktu itu. Pun begitu, Aina masih tidak kuhentikan penyusuan walopun mendapat tentangan dari orang-orang tua...kononnya tidak baik menyusukan anak ketika hamil, nanti anak tak pandai. Saya bertanya kepada Dr tentang penyusuan ketika hamil, dan menurut Dr tiada masalah. Maka kugigihkan jua terus menyusukan Aina. Aina pula memang tetap nak nenen bila bersama ibu. Saya memang tak sampai hati untuk tidak memberinya.
Saat kandungan makin membesar, Aina masih aktif menyusu walaupun sudah mula menerima susu formula namun dia hanya mahu minum susu formula waktu saya tiada dengannya. Sekali lagi saya ditekan untuk menghentikan penyusuan Aina. Kali ini kononnya nanti bila si adik dah lahir,Aina tetap nak menyusu. Kali ini lebih stress bila suami juga marah kerana saya tidak sampai hati nak menghentikannya. Mengalir air mata waktu menyusukan Aina kerana sedih tiada siapa yang memberi sokongan waktu itu. Saat itu hati berkata,tak mengapalah Aina..jika Aina tak mahu berhenti menyusu pun, ibu akan beri untuk dua-dua anak ibu. Minumlah susu ibu selagi Aina mahu...
Saat Ainin Sofiya lahir, Aina Suraya beralah. Dia dengan sendirinya tanpa dipaksa sesiapapun tidak mahu minum susu ibu lagi. Waktu itu Aina berusia setahun lapan bulan. Jadi saya hanya berjaya menyusukan Aina sepenuhnya sehingga Aina berusia setahun dan berterusan dengan mencampur susu sehingga Aina berusia 1 thn 8 bln. Tidak cukup dua tahun, tapi melepasi tempoh 6 bulan...Pun begitu, itulah kegagalanku....Memang agak kesal, tapi tetap bersyukur kerana Aina tetap menikmati susu ibu walaupun tidak sampai dua tahun. Kegagalan ini,jika boleh tidak ingin kuulang lagi untuk anak-anak seterusnya. Berkat ilmu yang kuperolehi sejak mengenali susuibu.com, insyaAllah akan kuusahakan untuk tidak gagal lagi kali ini dan di masa akan datang...
Wednesday, November 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
jangan anggap anda dah gagal...anda gagal memberi SUSU IBU SEPENUHNYA, tp anda masih memberi susu ibu kan? itu yg penting..usaha kita.
saya pun lebih kurang anda even sentiasa dihantui kekesalan dll sbb anak tidak mahu byk minum EBM/FM hingga jadi mls pegi jumpa paeds (berat rendah), masih tetap usaha dan rasa bangga dpt teruskan penyusuan susu badan! sekrg anak dah 14 bln, insyallah moga diizinkan hingga 2 tahun!
Oh Cikgu Intan..beruntung sungguh Aina...walaupon tak mencapai 2thn tapi lama jugak dia fully BF..takpe2 untuk yang No.2 nih kita usahakan sampai berjaya ek...
cik sal..betullah kan, usaha itu ada..yang pastinya..cumanya,niat x kesampaian...
mimi..alahai..jgn laa panggil cikgu,rasa cam kat skolah laks nih...hahahhahaa...ye mimi,sama2 lah kite usaha kan...
sayu rasa baca penulisan sayangibu ni... n terasa lagi sayu tang 'Saat Ainin Sofiya lahir, Aina Suraya beralah. Dia dengan sendirinya tanpa dipaksa sesiapapun tidak mahu minum susu ibu lagi.'
isk, emo d ptg hari...
tp saya bangga dgn sayangibu yg kuat berusaha wpun zero knowledge psl susuibu awal2 n mampu supply SI yg ckup wpon guna pump pureen.... TAHNIAH!!!
kisah kita hampir sama.. bezanyer cuma my mom mmg nurse n dia mmg tak bagi semua cucu2 dia FM ..
anak sulung farid... mmg aku kesal sgt.. masa pantang mmg penuh iena bg dia BF tapi lepas 2 bulan dia tidak cukup susu.. mcm akak juga zero pasal BF so saya campurkan BF ngan FM.. hingga umur dia 8 bulan saya disahkan hamil.. lagi pula masa tu kami tinggal di Miri dan jauh dari family, konon tak baik susukan masa preggy iena pun stop terus BF.. sian Farid
Tetapi mujur alhamdulillah saya dpt menyusukan penuh anak kedua fatihah hingga 2 thn setengah sebab fatihah mmg tak nak botol langsung...
dan kini anak ketiga mia berumur 1thn masih lagi sepenuhnyer BF.. Alhamdulillah
thanks lia...mmg sayu sangat masa tu tau. tp..rilek..rilek..jgn emo di ptg hari..ahaksss
Post a Comment