Tuesday, December 2, 2008

Yang Kunantikan...

Akhirnya yang ibu nanti-nantikan, telah tiba jua. Tersenyum lega ibu bila melihat van SkyNet berhenti di depan rumah. Dan semakin melebar senyum ibu bila melihat apek Sky Net ittew mengeluarkan bungkusan barangan untuk ibu. Apakah yang ibu nanti-nantikan sehingga tidak sabar di hati??? Taraaaa....inilah dia kawan-kawan..........

Ya kawan-kawan...setelah difikir-fikirkan secara mendalam bersama Mr. Hubby tersayang, akhirnya ibu & Mr. Hubby telah membuat keputusan untuk menjebakkan diri di dalam kancah Cloth Diapers a.k.a CD ini. Sebenarnya sudah lama juga ibu berkira-kira untuk menukarkan diapers Ainin kepada CD ini, iaitu semenjak diperkenalkan oleh Mama Ealyie (tq Ely!!!), namun hasrat suci murni ibu ini asyik dilengah-lengahkan oleh diri ibu sendiri. Mulanya kerana merasakan mampukah ibu menguruskan CD ini di samping kerja-kerja ibu yang sememangnya banyak ini? Kemudian mempertimbangkan pula harganya yang sehingga RM68 atau lebih mahal lagi RM80++... wallaaa..... Dengan harga begini, berapa lamakah ibu perlukan untuk mengumpul CD paling kurang 10 supaya boleh terus fully CD'ing adik Ainin??? Lagipun bagi ibu, kalau dapatyang lebih murah, cepat sket blh beli byk & terus fully CD'ing..lebih jimat kannn...Hmmm... Mr. Hubby pun agaks berkira-kira bila mendengarkan harganya yang agak tinggi itu. Jadi ibu KIV kan dulu niat ibu itu sambil terus mencari-cari lebih maklumat yang boleh menguatkan hati ibu untuk membeli CD ini. Akhirnya...ibu terbaca entry ini yang benar-benar mempengaruhi ibu untuk terjebak di dalam kancah CD ini...(tq Sue..). Setelah membaca review beliau tentang pengurusan CD nya, maka ibu pun nekad untuk membeli CD tersebut. Apatah lagi jenama Coolababy ini hanya RM39 sahaja!!! Ibu akan cuba melihat mantap atau tidak CD Coolababy ini. Malam ini kena basuh dulu okehhh...kalo sempat,esok mlm bolehlah mula try CD ini...:)

7 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Welkam to CDing world...hikhikhik..syok tau..anak yang pakai CD ibunya lak yang beria2..hikhik

cikgu suhaila said...

intan....testing nie

Mommy Harith Hannah said...

welkam to CDing world beb! ;)

sayangibu said...

mimi...tu laaa psl..biasalah kan ibu kan mmg slalu ajer beria2...anak ngan abahnya rilek2 saja...hahahaaaa..
hai kak su..tu dah pandai laa tu..pasni leh comment bebyk okehhh
arnie..tengkiu..tengkiu...

Unknown said...

saya pon baru nak cuba-cuba terjebak dalam cd ni. sesama la kita belajar. ehehehe.

Anonymous said...

waha Intan, warna warni CD Ainin :)
selamat ber CD-ing Intan
mari kita menyelamatkan alam sekitar kita
(wowo..sama cam Karam Sigh Walia tak?)
hihi..sumbangan yang kecil, diharap mampu membuat perubahan yang besar ;)

sayangibu said...

zety..sama2lah kita menjebakkan diri dalam amalan sihat ini..lps ni x yah p kedai apek sombong tu lagi okeh..hahahaha
hai sue...ye ye...angkat tinggi sket tanganmu ittew..barulah nampak mcm uncle karam...:D