Wednesday, December 10, 2008

Kembali membara...

Ehemmm....ibu telah berjaya menghabiskan novel ini....yang ibu telah beli sehabis pantang tempoh hari...wohooo..punye lah lama ibu peram buku ini...

Komen ibu tentang novel ini??? Ibu suka...sebab penulisnya memang penulis favourite ibu. Ibu sukakan gaya penulisannya yang matang dan mantap. Juga jalan ceritanya yang sentiasa segar, bagai terbuai-buai perasaan kala membacanya.

Dan bila kegilaan ibu membaca kembali bersemarak...ibu telah membeli buku ini...

Buku yang dikatakan begitu hangat di pasaran. Begitu juga dengan filemnya, yang masih belum ibu tonton. Dan ibu juga telah menghabiskan novel ini hari ini. Komen ibu??? Ya...memang benar seperti yang diperkatakan. Ibu belum pernah begitu teruja membaca novel genre begini seperti yang ibu rasai ketika membaca Ayat-Ayat Cinta ini. Aduhai...bahasanya begitu indah, tidak terasa sedang membaca karya penulis dari seberang. Cinta yang begitu tulus dan suci. Terasa diri tenggelam di dalam watak Aisha...terasa indahnya dunia cinta Aisha dan Fahri. Terasa syahdu menyelami watak Maria. Karya ini sesungguhnya membuai perasaan hingga tidak sabar-sabar hendak membaca ke akhir perkataan. Mungkin selepas ini ibu akan mencari dvd nya pula...

Sedang Ayat-Ayat Cinta masih dalam pembacaan, ibu sempat mencari novel terbaru Norhayati Berahim - Chinta. Namun masih belum di pasaran ketika itu. Tetapi ibu terpandang karya Lily Haslina Nasir yang sudah lama tidak ibu baca. Sudah pasti tanpa ragu ibu membelinya...

Ini juga salah seorang penulis yang ibu gemari kerana gaya bahasanya yang indah dan berbeza dari mana-mana penulis.

Dan akhirnya...dapat juga ibu membeli novel ini...yang ibu nanti-nantikan...

Jadi kiranya ada dua novel yang sedang KIV untuk ibu. Semangat membaca ibu telah kembali membara di samping memblog dan membloghopping. Kiranya cuti yang panjang ini, di celah-celah kesibukan ibu menjadi suri rumah sepenuh masa, sempat juga ibu selitkan dengan hobi ibu ini. Dengan dua novel baru ini...ibu belum tahu lagi yang mana satukah akan ibu baca dahulu.

Ibu juga masih menunggu karya terbaru Ramlee Awang Murshid..satu-satunya novelis thriller yang ibu gemari. Novel terakhirnya Hijab Sang Pencinta...novel trilogi... Harap-harap sehabis ibu membaca dua novel di atas, karyanya akan kembali di pasaran.

Itu update ibu tentang novel-novel yang ibu baru miliki. Nampaknya semakin bertambah saratlah rak buku ibu ini...ehehheheeeee........

12 comments:

rizza said...

wow best nye baca novel2 ni.. rindu nak baca novel begitu...

saya pun suka novel norhayati berahim tu...

::Umi Sufira:: said...

Nak pinjam novel ayat2 cinta tu boleh?hihihi...(online file yang ada ni pon tak terbaca..)

sayangibu said...

kak rizza..sure dah lama x baca novel2 ni kan...xpe blk m'sia nanti pulun blk ye..:)
mimi...nak pinjam...bulih..bulihh..:)

Mummy HnH@arnie said...

waaa, saya dah lama xbaca novel2 melayu... takut kalau beli nnt xbest, sbb xtau author mana yg best...

thanx intan for this entry! ;)

sayangibu said...

arnie...itu di antara author yang saya suka penulisannya. tapi lain org, lain citarasanya tawww..:) tapi apapun, rasanya among novel2 cinta karat yang berlambak di pasaran skang ni..this will be my only choice. plus novelis thriller...Ramlee Awang Murshid..

Yan said...

my favorite author biasanya datang dari Creative Enterprise.. no offense to Alaf, tp kebanyakan plot cerita diorang (different author) tak banyak beza..

my last novel melayu was Ketika Cinta Bertasbih, another novel by Kang Abik.. go get it :)

mamamia said...

heheheh chinta tu iena lom beli lagi ni.. harus di cari ....

ayat ayat cinta tu best ker?... takut nak beli hari tu takut tak sedap... okla harus di cari juga ni... ehehhe

kembalikan cintaku tu mmg syiok bah.. nangis2 seh./..

ummi said...

Hai... saya jalan2 kat blog ummi Sufira dan terjumpa blog ni. Bole kita jd kawan? Sy nk link kt blog saya...

CT said...

waaaaaa banyaknye novel... syok bangat layan ni....

ct pun suka norhayati ibrahim ni...

sayangibu said...

Yan..kita pun byk gak beli novel dari creative..cuma x laa konsisten beli dr same writer. suka sgt puteri lindungan bln dari liana afiera,tp lately ni dia wat novel remaja cam x beh sgt.
iena,Ayat2 cinta tu mmg best sgt. intan ari tu pon memula takut nak beli,takut x beh..tp nmpknya mmg best laa. beli laaa..beli skali ngan chinta yer..
hai ummi..blh saja nak berkawan...kite laaaaggggiii suka tawww...:)
CT..mmg best layan novel nih,x jd keje dibuatnya..sama laa ngan lyn blog nih..hehehehee

~~ciklinn~~ said...

bestnyer baca novel..linn kadang2 layan gak novel2 nie..tapi skrg dah tak sempat nak membaca.... huhuhuhuh

kalo masa bujang2 dulu best... sampai nangis2 baca novel pun pernah tau....

sayangibu said...

btol lin..skang ni mmg masa limited sgt tapi tetap layannnnnnnn...hehehheheee