Tuesday, December 9, 2008

KIA2M...

KIA2M @ maksudnya Kelas Intervensi Awal Membaca Dan Menulis. Apakah itu??? Kalau sebelum ini, Kementerian Pelajaran sibuk mewar-warkan 3M @ Membaca, Menulis Dan Mengira, kini Mengira telah digugurkan, memadai cuma dengan membaca dan menulis. Kenapa? Kerana, tanpa kemampuan membaca dan menulis, tak mungkin kanak-kanak boleh pula mengira. Jadi, lebih ditekankan penguasaan membaca dan menulis bagi kanak-kanak.
Ketika kanak-kanak mula masuk darjah satu, program transisi akan dijalankan selama 3 minggu. Program Transisi ini lebih kurang macam program suaikenal untuk murid-murid. Selepas 3 minggu ini, akan diadakan ujian KIA2M (ada sekolah yang mengadakan ujian di antara minggu transisi). Apakah dia tujuan ujian KIA2M ini dijalankan? Tujuannya ialah untuk mengenalpasti kanak-kanak yang menguasai membaca dan menulis. Kanak-kanak yang tidak boleh menguasai membaca & menulis ini akan diasingkan di dalam satu kelas khas yang dipanggil kelas KIA2M @ kelas KIA. Pun begitu, perlulah diingat, kanak-kanak yang memasuki kelas KIA ini bukanlah akan dianaktirikan. Mereka akan menjalani proses pembelajaran seperti biasa, seperti kanak-kanak lain yang bukan di kelas KIA juga. Cumanya, kanak-kanak ini akan diberi penekanan khusus sewaktu subjek Bahasa Malaysia, di mana kanak-kanak ini akan diajar sehingga mereka mengenal huruf, mengenal sukukata, boleh membaca dan juga menulis. Manakala bagi subjek2 lain seperti Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan lain-lainnya akan diajar seperti biasa, cuma lebih perlahan mengikut tahap kemampuan penguasaan kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini, jika ada kemajuan dalam pelajarannya, boleh masuk ke kelas yang lebih baik di darjah dua nanti, bukan bermakna akan kekal di kelas ini sahaja.
Saya teringat satu kes yang saya temui. Seorang ibu kepada kanak-kanak yang dimasukkan ke kelas KIA ini tidak berpuas hati apabila anaknya tidak melepasi ujian KIA. Saya yang menjalankan ujian tersebut kepada anaknya dan mendapati anaknya memang tidak boleh membaca. Menurut ibunya, anak saya ini telah dimasukkan ke tadika N*** seawal usia 3 tahun lagi, macammana boleh cikgu kata dia tak boleh membaca???
Owh...ye ke? tapi memang dia tak boleh mengeja, dan markahnya tak melepasi kelayakan untuk masuk ke kelas biasa.
Ibunya tak puas hati lagi...siap boleh mempertikaikan kewibawaan dan ketelusan saya menjalankan ujian tersebut. Puas saya menerangkan yang anaknya memang tak boleh mengeja sukukata tertentu. Siap saya tunjukkan markah dan juga kertas ujian anaknya. Baru dia terdiam dan katanya..."Oh...dalam Bahasa Melayu ke? Saya ingat English..kalau English,sure dia boleh baca" Aduhai....tersentap hati saya mendengar kata-kata si ibu. Sudahlah dia sengaja berbahasa inggeris dengan saya,mungkin sangkaannya cikgu sekolah rendah ni tak tau berbahasa inggeris. Owh..dengan berbesar hatinya,saya juga menjawab setiap kemusykilannya dengan Bahasa Inggeris, barulah tone suaranya agak merendah sedikit. Pun begitu, si ibu tetap mahu memindahkan anaknya ke sekolah lain walaupun telah saya terangkan di sekolah manapun,anaknya akan masuk ke kelas KIA. Dan saya dengan rela hatinya menguruskan perpindahan murid ini.
Apakah yang diuji di dalam ujian KIA2M ini? Kanak-kanak akan diuji kemampuannya menulis dan membaca. Ujian akan dijalankan secara bertulis dan lisan. Ujian akan dijalankan di dalam Bahasa Malaysia. Kanak-kanak akan dilihat kemampuannya mengenal huruf dan juga membaca. Juga kemampuannya mengenal sukukata. Sukukata ini secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu SUKUKATA TERBUKA & SUKUKATA TERTUTUP.
SUKUKATA TERBUKA ialah gabungan dua huruf contohnya MA, ME, MI, MO dan MU.
Biasanya kanak-kanak tiada masalah dalam membaca sukukata terbuka ini.
SUKUKATA TERTUTUP ialah gabungan tiga huruf contohnya MAM, MEM, MIM, MOM, dan MUM. Kanak-kanak sering ada masalah dalam mebaca sukukata tertutup ini.
Perkataan RAGA (gabungan dua sukukata terbuka) sering boleh dibaca dengan mudah oleh kanak-kanak tetapi perkataan BALDI (gabungan satu sukukata tertutup, BAL dan satu sukukata terbuka DI) seringkali sukar dibaca oleh kanak-kanak. Jadi inilah yang akan dikenalpasti sewaktu ujian KIA2M ini.
Jadi kawan-kawan yang mempunyai anak di usia 5 & 6 tahun, pastikan anak-anak anda menguasai kedua-dua jenis sukukata ini sebelum mereka memasuki darjah 1 supaya tiada masalah kelak. Ok..itu info ringkas tentang KIA2M. Akan saya sentuh tentang silibus tahun 1 dan lain-lain hal berkait pada entri mendatang...:)

4 comments:

rohaadam said...

ha..apabila guru berkata2 terang dan jelasnya info nya...setiap perkara yg dilaksanakan pasti ada +ve & -ve nyer...
thanks....berkongsi maklumat....

cysev3n said...

thanks for the info.. nampak sangat mak nak kena polish si Amir ni.. LAM dia selalu ke laut..

sayangibu said...

mamaaina..no big deal. segala maklumat untuk kebaikan bersama akan sering kukongsikan...
Yan..tulah,mmg ramai parents yg confuse tentang sukukata ni. InsyaAllah...di lain kali intan akan cuba pula menghuraikan bagaimana teknik mengajar sukukata kepada anak2 mengikut cara pembelajaran di dalam KIA

cysev3n said...

er, btw.. anda telah ditag oleh saya :)