Thursday, December 4, 2008

Pandanganku, Harapanku...

Kawan-kawan, ini merupakan sedikit pandangan saya berkenaan CD Coolababy yang sedang saya gunakan oppsss maksud saya Ainin gunakan sekarang ini. Ini adalah pandangan dari saya secara peribadi, diingatkan adapun ilmu tentang CD ini masihlah kurang sementelah lagi saya budak errr.. bukan… ibu baru belajar…ehehheheee…Jika ada kurang atau salah istilahnyer…harap perbetulkanlah…
Adapun kawan-kawan, CD coolababy ini merupakan one-size CD, one-size maksudnya boleh di adjust saiznya mengikut kesesuaian baby mengikut beratnya. Range beratnya adalah dari 3kg-13kg ye kawan-kawan. Saiznya S, M atau L sesedap rasa… seperti gambar di bawah ini….

Inilah rupanya CD jika dibuka tanpa was-was lagi…. CD ini, kalo mengikut kata mak saya dan juga kawan saya Kak Suhaila, sama dengan seluar getah masa dulu-dulu. Ermm…mungkinlah juga. Cuma CD ini ditambah dengan inserts iaitu benda di bawah ini yang namanya inserts ye…. Okeh, insert ini mempunyai daya serapan yang sangat tinggi. Saya rasa kawan-kawan yang lebih mahir tentang CD ini pasti tahu jenis kainnya. Saya kureng tahu jenisnya, melainkan jenis kain siang-malam,kain sutera, kain songket, kain sari itu saya sangat mahir..ehehheeee… Jadi, CD Coolababy ini didatangkan dengan dua inserts sekali. Inserts tersebut kita masukkan di pocketnya seperti yang ditunjukkan oleh jari telunjuk insan misteri di bawah ini…. Mengikut testimoni pengguna yang telah berjaya menggoda saya, sehelai insert ini boleh bertahan atau menyerap basahan selama sehingga 4 jam dan jika dua helai insert maknanya berapa jam kawan-kawan??? Ye betul…pandai sekali kawanku ini…8 jam ye… Plus minus lah kawan-kawan…mengikut tabii bayi anda sama ada bayi anda heavy-wetter atau tidak. Jadi kawan-kawan, lebih kurang samalah jika kita menggunakan dispo diapers bercap Huggies, Drypers atau Mamy Pokko ittew kan. Maknanya, walaupun menggunakan CD ini, kita tidaklah perlu menyalin CD hingga sejam sekali seperti lampin kain biasa. Jadi masih efektif penggunaannya di situ.
Untuk pengurusan CD ini, saya rasa kawan-kawan bolehlah melawat BlogCikDiyaluna ini mengikut pengalamannya sendiri.
Oh yaa kawan-kawan…hari ini, cabaran menggunakan CD telah saya alami di mana hari ini adik Ainin telah poo dengan gembiranya di CD barunya. Mungkin dia pun tidak sabar-sabar lagi hendak merasa bagaimana rasanya poo di atas CD ini agaknya… Jadi, agak mencabar juga untuk pertama kali berurusan dengan poo ini ye. Almaklum selama ini hanya bungkus dan buang sahaja…Mudah kan…semudah terbangnya wang membeli dispo diapers itulah…ehehheeee…. Jadi, apa yang saya buat? Owh…saya tidaklah mengambil gambar CD yang ternoda ittew yaa kawan-kawan,takut ada yang terus tak lalu makan pula…ehehheheeee…
Okeh…saya buangkan noda-noda nakal yang ditinggalkan oleh adik Ainin ke dalam toilet bowl. Buang habis-habis dan flush. Kemudian saya ambil sabun cecair dan tuangkan ke atas CD itu, gosok-gosok sket (sama juga untuk insertnya) dan rendam di dalam baldi berisi air oren oppsss…bukan ye..air sabun okehhh….:D
Nanti bila projek membasuh CD akan dilakukan oleh Mr Washer Machine saya, akan saya sertakan sekali CD yang direndam ini.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, CD ini berharga RM39 sekeping dan didatangkan bersama dua inserts, maknanya tak perlu beli insert asing-asing. Jadi bagi saya ini adalah satu penjimatan dalam ertikata yang sebenar. Warnanya yang pelbagai menarik hati. Cumanya ianya tidaklah terlalu fancy bercorak tapi oklah bagi saya, bagi Ainin apatah lagi…dia langsung tak kisah….ehehhehee. Bagi yang berminat mungkin boleh melihat-lihat website ini. Puas hati atau tidak pada keupayaan CD ini akan saya putuskan minggu hadapan…kerana sekarang ini saya masih lagi menjalankan beberapa pemerhatian terhadap CD ini.

Harapan saya tiada masalah berbangkit hendaknya….:)

19 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Sayangibu, very3 good review...boleh jadi CD dealer nih...kihkih..nanti lama2 makin kemaruk taww nagn CD nih dibuatnya..cuma nak kena tahan ler cuci poo poo..hikhik..

sayangibu said...

waahhahahaaa...boleh ke jadik dealer?? takut2 nanti cd abih diguna sendirik pulak...hahahahaa... itulah takut juga kemaruk sbb tanda2 kemarukan itu sudah kelihatan...kekekekkee

Anonymous said...

wah wah intan
good review..thumbs up :)

ainin pun happy..tiada lagi bahan kimia :)

dan mama iki pun...
rasa cam dah start2
start kemaruk..kekek

cikgu suhaila said...

wah2 intan...best ea guna CD...yang penting rajin tau....mam tuk nye juga..harus dipuji2 untuk memakaikan ainin CD....akak pun...bila dah berjaye...buat baby lagi...he he he nak cuba nie....CD...

sayangibu said...

luna...hehee...thanks...good review kah? just sedikit pandangan saya yang ala2 newborn nih...ehehehe

kak su...best lah guna CD nih. cpt2 kak wat baby..nanti jgn cuba CD jer..cuba juga utk breastfeed exclusively yerrrr...chaiiyooo chaiyyooooo

lia said...

akibat pembacaan d blog sayangibu nih... lia da start nk mulakan CD semula lepas beberapa bulan lupa sbb cost cd dulu kan mahal tp yg ni... masih mampu la....

insyaAllah lia pon akan start ber'cd' gak ni gamaknyer he3...

thnks 4 sharing ;p

Anonymous said...

diazepam 5mg buy valium 20mg online - buy diazepam tablets

Anonymous said...

order valium valium quit smoking - buy valium in london

Anonymous said...

lorazepam mg lorazepam to buy uk - usual dosage ativan anxiety

Anonymous said...

lorazepam drug ativan pregnancy - ativan dosage long does last

Anonymous said...

alprazolam drug buy xanax online no prescription cheap - xanax dosage by body weight

Anonymous said...

xanax no rx xanax withdrawal peak - xanax and wine effects

Anonymous said...

buy soma online somanabolic muscle maximizer tpb - carisoprodol recommended dosage

Anonymous said...

buy valium online valium for social anxiety - legal buy valium online usa

Anonymous said...

valium online overnight valium hangover anxiety - little green pill valium

Anonymous said...

ambien no rx ambien cr 6.25 mg side effects - ambien cr nausea

Anonymous said...

cheap carisoprodol buy somatropin tablets - buy soma hair care

Anonymous said...

buy carisoprodol online where to buy somat dishwasher salt - soma online india

Anonymous said...

buy ambien online ambien sleep stories - zolpidem er same ambien cr