Tuesday, April 21, 2009
Monday, April 20, 2009
Saturday, April 18, 2009
Afundi Ainin.. ;p
Friday, April 17, 2009
Siapa Yang Layak?
Thursday, April 16, 2009
9 Orang Saje...
Apakahhhh???????? Hehehheee.... jangan panik... keadaan ini memang dah dijangka dari minggu lepas. Sekolah agama berdekatan mengadakan majlis Maulidur Rasul pada sebelah pagi. Lebih dari separuh keseluruhan murid-murid sekolah ini yang bersekolah agama di sekolah tersebut. Jadi pastinya mereka berkobar-kobar nak ke sekolah agama lah kannn. Buat pertama kali, aku rasa sekolah aku nih sunyi je... Almaklum dari jumlah 448 orang murid, hanya SUKU sahaja yang hadir. Aku guru bertugas minggu ini. Masa bercakap kat perhimpunan pagi tadi pun...alahaiii....rasa macam bercakap dengan satu kelas sahaja..kuikuikuiii...
Hari ni, aku tak banyak kelas. Cuma kelas Sains tahun 2 nih, dengan kelas Pendidikan Moral yang memang muridnya cuma 2 orang...
Bila murid tak ramai macam ni, tidaklah cikgi mengajar.. bagi latihan topik lepas sajalah. Jadi bolehlah aku
Wednesday, April 15, 2009
The Picture Of You...
Dan dalam pada aku menyusun-nyusun gambo dalam folder tuh..aku terjumpa 3 keping gambo yang telah di touch-up oleh seorang teman
Cantik takkk???????? Emmm... Korang...cuba korang teka baby cumil dalam gambo tu Aina Suraya kah atau Ainin Sofiya???? hehehehee..........
P/s..eh..korang nampak ke kesan paint tu??? Kalo tak nampak, klik kat picture kasik beso lah yer...:)
Tuesday, April 14, 2009
"Kenapa cikgu jadik CIKGU???"...
Ahahhahaaa... soalan yang membuat aku tersenyum panjang sebelum menjawab. Apa jawapan aku?? Semestinya jawapan yang memotivasikan anak-anak murid ku lahhhh...
Tapi...bila aku renungkan kembali soalan mudah itu.. sebenarnya terlalu berliku-liku perjalanan hidup aku sebelum aku mempasrahkan diri dalam arena pendidikan ini. Sesuatu yang ingin sekali aku kongsikan dengan kalian.
Kenapa aku menjadi seorang cikgu a.k.a guru. Yang pastinya ia bukanlah kerjaya pilihan sewaktu zaman persekolahanku dari kecik hingga beso. Masa kecik... bila ditanya tentang kerjaya pilihan...aku akan memberi jawapan tipikal anak-anak dari dulu hingga sekarang...
"Saya ingin menjadi... doktor... akauntan ....dannnnnn......" ahaaaa....aku pernah nak jadik pramugari okehhhh...dek kerana pengaruh cerita CHIAKI waktu itu... Yaaa...sila gelakkan aku...hahahhahaaa.....
Kemudian.. di universiti, aku mengambil jurusan Kimia Gunaan. Berhempas-pulas, lintang-pukang hingga mendapat degree..melayakkan aku menjadi seorang Ahli
Dan akhirnya..aku berjaya mencelahkan diri di antara hampir 6000++ calon yang memohon waktu itu, untuk masuk ke maktab. Yaaa....harus ku akui, aku hipokrit ketika permulaan ingin menjadi seorang cikgu. Masa itu, hanya membayangkan...seronoknya kerja separuh hari, hujung minggu yang free dan cuti sekolah yang panjang di samping gaji dan elaun yang lumayan berbanding pendapatan masa bekerja kilang dengan jawatan gempak...Chemist..ahahhaaaa...
Namun...bila kedua-dua kaki sudah melangkah ke dunia pendidikan...persepsiku mula seratus-peratus berubah. Saat pertama kali menyanyikan lagu 'Kami Guru Malaysia' beramai-ramai sewaktu orientasi di maktab, bergenang air mataku, berdiri bulu romaku. Terasa besarnya tanggungjawab yang bakal ku pikul.
Dan apabila jawatan GURU itu sudah sah di tangan... Apabila pertama kali berkhidmat di sekolah, merenung bening mata anak-anak kecil yang dahagakan ilmu... ternyata jawapan aku untuk soalan "Kenapa aku menjadi Cikgu" sudah berubah. Bukan lagi kerana pesona kerja separuh hari, cuti sekolah yang panjang atau gaji yang lumayan....
Aku menyedari aku telah jatuh cinta pada kerjaya ini, apabila pertama kali dipanggil "Cikgu". Kerjaya guru menuntut komitmen yang tinggi juga pengorbanan yang besar, bukan hanya masa, tenaga malahan wang ringgit. Kami guru bukan hanya mengajar, tetapi mendidik anak-anak menjadi insan. Kalau pun tidak semua yang menjadi ,menteri, doktor, jurutera, akauntan atau ahli kimia... semoga mereka boleh menjadi INSAN yang teguh jati diri dan bertanggungjawab. Mengajar mungkin semudah ABC...tetapi mendidik tidak semudah itu...
Aku menjadi cikgu kerana aku ingin mendidik anak-anak bangsaku. Nampak patriotik sangatkah jawapan aku?? Memang patriotik...tapi itulah yang ada dalam hati dan jiwaku kini...Semoga niatku dipermudahkanNya.
Kalian... cuba fikirkan kenapa kalian menjadi apa yang kalian kerjakan sekarang??? ;)
Monday, April 13, 2009
Baby Cute Contest - From Blog MamaAqish
Apa yang menarik tentang Ainin Sofiya...
- Ainin sangat murah dengan senyuman manjanya. Pantang orang senyum dan agah-agah dia, haaa...cepat jek dia respon sambil gelak-gelak manjer lagi...hahahaa...
- Dalam usia menjelang 9 bulan ni, hobi Ainin yang paling UTAMA ialah 'bergantung' dengan ibu dek kerana ibu ada 'sesuatu' yang begitu yummmmyyyyy & sentiasa ada bila-bila, di mana jua....ahaksss...
- Ainin dah pandai 'berkawan'... pastinya dengan si kakaknyalah..walopun asik kena sakat ajer, kakaknya tetap 'bespren' terhebat untuk Ainin..sungguh 'tabah' Ainin nihhhh....
- Sekarang Ainin dah pandai respon bile orang sebut 'babai'...dia akan buat-buat melambai manjer tangan cumilnya ittew. Juga bila orang nyanyi lagu tepuk amai-amai...dia akan buat-buat nak tepuk tangan....bijakkk anak ibu nihhh...
- Hahhhh...Ainin bulih panggil "ABBBAAAHHHHHH" sekali-sekala...tapi macam biasa (seperti kakaknya) tidaklah dia memanggil "IBU"..tetapi suka-suki digantikan dengan panggilan "MAMMMAAAA" laaa pulakkkk....huahuahuaaaa....
- Owhhhh..Ainin memang terlalu MENARIK hingga kalo nak dikisahkan kesemuanya, alamat terlalu panjang berjela lah entri ini...yang pasti... anakku Ainin Sofiya memang sangat menarik di mataku (dan di mata anda semua kan..kan...kannnn...)
Kenapa Ainin Sofiya layak untuk menang???
- Ahaaa...semestinyalah Ainin Sofiya paling LAYAK untuk menang sebab.... ini kan "Baby Cute Contest"...dan Ainin kan sangatttt CUTE... dan dia juga sangat menarik...maka selayaknyalah dia memenangi ini contest... ahahhhaaa...
- Ermmmm.... Ainin Sofiya juga layak untuk menang, sebab dialah calon baby comel yang paling sesuai untuk dapat tight yang sangat comel menawan ittew....:)
Syarat-Syarat & Checklist Untuk Baby Cute Contest...
1. Add @ Link MamaAqish di blogroll/bloglist anda. ----> DONE!!!
2. Anda diWajibkan untuk menjadi Follower MamaAqish -----> DONE!!!
3. Gambar yang dihantar mestilah merupakan gambar Baby anda yang Latest sekali.... --->DONE
4. Sila hantar hanya sekeping gambar sahaja.... ---> DONE
5. Sila nyatakan ape yang menarik tentang anak anda & mengapa dia layak menjadi pemenang baby cute contest??? ---> DONE
6. Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ini beserta dengan email address. Untuk pemilihan pemenang nanti... ----> DONE
7. Gambar kesemua baby yang masuk contest berkenaan akan di paparkan pada BlogIni.
8. Hadiah untuk pemenang ialah sehelai tight yang boleh dipilih sendiri dari website http://tightforbaby.blogspot.com/ & hadiah akan dihantar melalui pos sampai ke depan pintu rumah @ pejabat...
9. Pemenang akan diadili oleh hakim yang berpengalaman & keputusan adalah muktamad sebarang surat menyurat tidak akan dilayan....
Dan yang paling penting sekali, sila lengkapkan butir2 berikut:
1) Baby Name 2) Age 3) Mothers' name 4) Add & no phone ( easier for me to contact ) -------> DONE
*** Many thanks to SitiLina, sebab kerana setelah menerjah ke blognya lah, ku tahu ada ini contest... :)
*** Ermmm...kalian...sila jangan muntah kerana ku memuji anak sendiri tinggi melangit tak hengat yer...adapun ini untuk penyertaan contest...ahahhahaaa..
Saturday, April 11, 2009
Baju Kurung Pahang...
Perhatikan potongan baju tersebut. Pesaknya berbeza kan? Dan bahagian bawah baju, potongannya kembang sikit. Kalo aku, memang suka potongan yang macam ni. Kembang di bahagian bawah.
Sebenarnya kan, baju kurung pesen ni macam baju kurung orang dolu-dolu. Zaman mak aku dulu memang pesen nih laaa bajunya
Okeh..untuk yang pandai menjahit...aku tolong carikkan gambo pola baju kurung ni...
Bolehlah korang yang pandai menjahit, DIY baju kurung nih kannnn... Selamat mencuba. Oh ya... untuk yang tak pandai menjahit macam aku nih, bolehlah tempah kat tailor korang..kalo berkenan....;)
Tak Kuasa...
Hari ni aku bersekolah tawwww.... Ganti untuk cuti hari raya nanti. Tempat lain, aku tak tau laa dah start ganti ke belum. Tapi daerah Pasir Gudang memang dah mula mengganti. Sungguh semangat raya kannnn...hhahahaaa...tapi bagus juga, kalo tak nanti jadik tahun lepas, bulan pose baru sibuk nak mengganti. Penat sehhhhh..... Bila dah start cuti raya..aku mula terbayang-bayang, berapa pasang baju raya aku nak
Ni pun, aku dah ada 4 pasang kain yang belum berjahit. Sepasang aku kirim kawan aku beli kat Kelantan. Sepasang aku terbeli masa Gulati's buat sale gilerbabas aritu. Sepasang dapat hadiah AJK PIBG masa mesyuarat agung PIBG aritu. Dan sepasang mak mertua aku belikan masa p Dubai, yang nih sama kaler dengan kain baju melayu laki aku..memang purposely untuk buat rayalah, cuma yang aku tak puas ati sebab dia beli kaler ijau..dah laa tahun lepas kami sefamily pakai ijau..tahun ni ijau lagikahhhhh....huhuhuuuu..layan jek laa kan, orang dah beli...:)
Jadi keempat-empatnya aku memang rasa buat untuk raya jek laaaaa. Samada aku akan membeli lagi atau tidak, tak dapat dipastikan...
Sekarang ni kan, aku memang tengah giler baju kurung pahang. Tak tau kenapa, tapi sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat. Bila aku tempah baju lately nih, memang pesen tu jek laaa yang aku tempah. Nak tempah kebaya, macam malu-malu kucing gitu. Sebab mengenangkan
Aku nih memang rasa cam tak ada idea nak berN3...tapi dalam pada tak ada idea...agak banyak jugak yang aku bebelkan..kan..kan...kannnnn???? kihkihkihhhhhh.............
Friday, April 10, 2009
1st Time I Saw You...My Love...
Letakkan Gambar Anak yg baru lahir. Gambar kalo boleh mestilah gambar yang masih dalam wad, maknanya gambar anak hari PERTAMA..
Ini puteri sulung saya...Aina Suraya Bte Shamsul.... Gambar pertamanya dalam wad, dalam labour room takleh amik, sebab kat GH kannnn...:)
Ni pula puteri kedua saya..Ainin Sofiya Bte Shamsul. Gambar ni, freshly outside my womb. Perhatikan segalanya masih mengerekot youuuu...kepalanya lonjong sebab kena vacuum..hehe
Rule #2:
Letakkan butir ini :
First Precious...
Nama penuh : Aina Suraya Bte Shamsul
Nama Panggilan : Aina/Kakak
Jantina : Perempuan
Tarikh Lahir : 13 November 2006
Tempat Lahir : Hospital Sultanah Aminah,Johor Bahru
Berat Lahir : 3.16kg
Cara Kelahiran : Normal-Breech
Second Precious
Nama penuh : Ainin Sofiya Bte Shamsul
Nama Panggilan : Ainin/Adik
Jantina : Perempuan
Tarikh Lahir : 18 Julai 2008
Tempat Lahir : Hospital Penawar, Pasir Gudang
Berat Lahir : 3.14kg
Cara Kelahiran : Normal-Vacuum
Rule #3:
apakah harapan korang pada anak ini..
Harapan untuk kedua-duanya, pastilah supaya menjadi anak yang bijak, beriman, hormatkan orang tua..dan segala harapan yang baik-baik untuk Aina dan Ainin...Aminnnnnn
dan korang nak anak ini jadi apa besar nanti... dan KENAPA..?
Jadi apa???? Ibu tak menentukan apa yang Aina dan Ainin nak jadi nanti, cuma harapannya biarlah mereka memilih masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang..insyaAllah
Rule terakhir....
Mau tag siapaaaa???
Silalah buat....
Rozamimie
Ely
Cik Yan
Cik Fid
Mummy Dasy
Mama Zety
****Sekian terima kasih.....
Kami
Terangkan maksud gambar itu.
- Umi Sufira
- Mummy Dasy
- Lady Ell
- Mama Aqeelah
Kipas Bos????
Apakah aku kaki kipas??? Aku bukan kaki kipas...pada perasaan akulah.
Tapi aku buat keje aku betul-betul, bile bos bagi keje, aku buat on-time dan as requested. Aku soft-spoken dengan bos. Sebab...dia bos, dan dia orang tua...sebaya bapak aku..wajiblah aku hormat seperti aku menghormati bapak aku kan...
Tak puas hati dengan bos???? Pendapat aku, selagi jadik orang bawahan...terpaksalah mengadaptasikan diri dengan bos. Jangan harap bos adaptasikan diri dengan kita. Lain bos, lain perangainya. Setakat ni, aku dah berkhidmat bersama 3 orang bos... 2 perempuan, 1 lelaki. Memang masing-masing ada pembawakannya tersendiri...loratnya sendiri...kepoyoannya sendiri. Dan kalo aku nak layan kemenyampahan aku dengan bos-bos itu, maka keje aku yang akan terjejas. Aku malas nak layan. Dari duk asik pikir pasal rasa tak puas hati dengan bos, baik aku pikir bagaimana nak sesuaikan diri dengan cara kerja bos aku. Sekurang-kurangnya aku boleh bekerja dengan aman....
Lagipun, pikirkan....apakah bila esok-esok kita jadik bos, bawahan kita akan suka dengan cara kerja kita?? dengan kepoyoan kita?? Aku gerenti tidakkk.....
Bilalah aku nak jadik bos???? Hahahahhahaaaa....
Ini kemerapuan aku hari ini. Kalo setuju,layan...tak setuju pun layannnn jek laaa merapu aku nihhhhh...no offense yerrrr.....;p
Thursday, April 9, 2009
Lepak Kopitiam...
- tak boleh tinggal anak lama-lama kat umah, kalo jalan ke..hang out ngan kawan ke...apekejadah ke... even balik dari kerja pun, mesti nak blk cepat-cepat..sebab teringat anak laaa...laki nak makan laaa....umah tak kemas....kain baju lom basuh/lipat...etc..etc...etc..semua nak pikir okeh.....
- bila cuti, cuti dari pegi keje jek.... kat umah tak cuti... masak..servis umah..layan anak-anak...layan laki.... kalo boleh nak lepak umah seharian je sebab memikirkan segala mende yang tak habis-habis nak dibuat...sudahnya...dah malam baru boleh rehat...
Orang Laki...
- tak kisah tinggal anak lama-lama kat umah, boleh jalan-jalan, lepak-lepak ngan member, tak yah pikir nak balik keje cepat, sebab bini kan ada kat umah kan..kan..kannnnn....
- bila cuti, cuti btol-btol lah kan...apa nak pikir....lagi best, sebab boleh lepak kat kopitiam lama-lama, ikut suka....
Wednesday, April 8, 2009
Benarlah....
nyamnyammmmm..memang sedap beb....;p
Tuesday, April 7, 2009
Heaven...
**
**
***
Owhhh...kenapa dapat EBM 10oz pun nak jakun heaven???? Kerana...macam nih ceritanya...
Hari ini, sejak pagi aku dah rasa B engorged semacam. Tak boleh nak pam awal, sebab ada kelas. Then pukul 9 pagi, aku dah cepat-cepat ke port pengepaman aku sebab tak boleh tahan dengan my left B yang engorged semacam. Hari ni aku buat single pumping ajer, sebab pam sebelah lagik boleh lupa nak masuk dalam beg...uhuhuhuuuu. Lagipun, pagi-pagi tadi Ainin dah kosongkan right B.. jadik tak engorged lah. Then pam punya pam, memang macam air paip beb...banyak giler... dalam 10 minit jek dah full sebotol (5oz). Aku transfer, dan pam lagik...dapat lagi 5 oz. Untuk sebelah breast saja okehhhhh.... Memang aku excited sehhhh..sebab sebelum nih, biasanya, sebelah B aku leh achieved dalam 5-6oz jer. Ini...10 oz???? Apa yang aku makan malam tadi?? Oh...takde apa yang menarik pun. Malam tadi aku masak paling cikai..cuma ikan bakar, celur bende dan buat air asam. Hajat hati nak goreng cendawan (sebab tergoda dengan entri MN) pun tak buat, sebab balik meeting lambat gilors. Pagi-pagi tadi... nak minum oat + horlicks pun tak sempat, cuma telan fenugreek je macam biasa...
Jadi....apakah meratah sayur bende memberi kesan pada production BM ku???? Owhhhh...yekah???? Aku nak try hari ni lagi, masuk bende dalam asam pedas...betulkah ada efek....Atau kalian pernahkah merasai bende memberi kesan kepada BM anda???? Let see nanti...
Monday, April 6, 2009
My Precious 31...
Tetapi.... 31 itu merujuk kepada...My Followers yang ada di side bar blog saya ini.
Maka...to all my 31 followers...ahakssss....you are my precious...Thank you very much for adding me into the 'Blog I Follow'... Love u ollssss.....mmmuuuaaahhhhsssss.......
Friday, April 3, 2009
My Unforgettable Memories With Mr.C...
Hari ini aku mengimbas kenangan lalu ku yang penuh ranjau berduri bersama Mr. C ini. Ku pikir-pikir, maknanya sudah 3 tahun ++ aku clash dengan Mr. C. Dulu...masa zaman aku study
Aku memang merasakan I can't live without u...Mr.C, but amazingly....I'm able to avoid it just because the sake of the living thing in me...huhuhuuuuu....Bravo...bravoooo...
Sampai sekarang, memang aku masih menjauhkan diri darinya sedaya upaya. Kalo minum pun, just a sip lah. Yeah kan, kalo p umah orang, orang hidang kopi, tak kan nak ngade-ngade pulak kan...minumlah seteguk dua juga. Tapi bila balik umah mak mertua aku....kopi kampung memang minuman wajib. Korang tau laaaa aroma kopi kampung yang membuatkan hidung aku kembang kempis menahan nafsu. Aku minum juga seteguk dua. Kadangkala sebagai award to myself, dalam sebulan aku akan minum sekali variasi Mr C ini. Tak kisahlah ice-blended ke, kopi 'o' ke, nes ais ke...pokoknya...minum betul-betul bukan seteguk dua.....hahahaaa...
Kenapa aku beria-ia mengelak dari Mr.C?? Walhal bukan tak boleh kan..cuma tidak digalakkan saja... Kerana aku memang menjaga pemakanan anak-anak aku selagi dia kecil. Anak-anak aku tak boleh makan jajan, ganti jajan aku bagi kismis. Anak-anak aku masa baby tak makan garam, minyak, jadi aku bersusah-payah masakkan bubur untuk dia atau nasi dan lauk khusus untuk dia sampai usia 2 tahun. Dan macam-macam lagilah....Poyo jek aku nihhhh??? Anak-anak aku, suka hati aku lah kannn...hahahaaaaaaaa............
Jadi kalian...adakah kalian pun macam aku??? Atau kalo tak macam aku...no offense lahhhh....jangan berkecil hati pula yer dengan n3 aku ini....:)
Thursday, April 2, 2009
Pada Mu Ku Bersujud...
Wednesday, April 1, 2009
Hajaba? Munawwarah? Ariani???...
Ariani???............
Alkisah aku dah memiliki ketiga-tiga jenis tudung tersebut. Testimoni??? Aku sukakan kesemuanya....heheheeee... Kenapa???
Hajaba - mudah, kemas dan selesa.
- ada di Johor
- Tetapi agak mahal juga... yang pendek RM70, panjang RM80
Munawwarah - mudah, kemas dan selesa (except tudung belah tengah - tak berapa mudah)
- banyak pilihan fesyen
- tak ada di Johor, so susah nak beli lorrrrr...
- harga bervariasi.. tudung pendek masih murah lagi berbanding Hajaba...
owning sama kaler RM60, owning lain kaler RM65
Ariani - mudah, kemas dan selesa
- banyak pilihan fesyen dan warna
- baru dibuka di Johor
- harga??? ermmm...kalo lycra pendek macam yang aku pakai tu, owning sama RM55,
lepas diskaun RM52. Kalo owning lain lebih mahal dari Munaww, RM70.
Dan lain-lain pesen glam macam Ekin pakai tu, yang berlabuci bagai memang mahal.
(Jumaat lepas aku terjah Ariani dengan kak sue kawanku dari Kota Tinggi, aku
dapat laaa rembat selai untuk testing...heheheeee)
Maka itulah testimoniku. Kalian suka tengok aku pakai yang mana yaaaaa?????
** Tambah sikit..material ketiga-tiganya lebih kurang sama... sangat selesa dipakai... aku memang jatuh cinta dengan ketiga-tiganya...playgirlkah aku??? kihkihkihhhhhhh........