Tuesday, March 31, 2009

Pesalah Juvana In The Making...

Aku sangat kecewa hari ini. Aku rasa minggu ni minggu frust untuk aku. Kalo semalam aku kecewa dengan manusia dewasa, hari ini dengan manusia kecil...anak-anak muridku.

Hari ini, aku duk wat hal sendiri kat bilik PPSMI. Malas nak berkuntau kat bilik guru, nanti ada lak yang tak senang hati kan tengok aku. Aku duk menyiapkan fail induk PEKA, prepare untuk pemantauan minggu depan.

Dalam pukul 12pm, aku tinggalkan semua kerja aku, bersama-sama dengan laptop di dalam begnya kat bilik tu sebab aku ada kelas muzik di tahun 6 mak ajar muzik tawww....ala-ala cikgu siti hajar nihhh...kuikuikuiiiii...

Selepas melatih vokal anak murid bagi kerja sikit, aku pun turun laa balik kat bilik tu,ingat nak amik laptop dan fail tu, siap ajak sorang anak murid aku tolong aku nih. Tapiiiiii.....laptop aku tak ada dalam beg..tinggal beg sahaja hokehhhhh.

Aku kontrol macho lagi sebab ingat sorang cikgu BM tu pinjam walopun hati aku berkata-kata apakah kaitan nak pakai laptop kerajaan yang aku pinjam nih??? Sebab laptop yang aku pakai ni memang tak digunakpakai oleh orang lain,coz aku menjaganya dari serangan virus disebabkan data-data penting yang ada dalam laptop ni.

Segeralah aku call cikgu tu,tanya kalo-kalo dia pinjam. Tapi negatif. Oww ohhhh...siapakahhhhh???? Apa lagi, aku pun berkeliling ke serata sekolah bertanya semua guru siapa yang nak buat pre-april fool kat aku hari nih. Sebelum aku maki hamun, baiklah pulangkan. Tapi nyata, tak ada sapa yang nak buat lawak bangang macam tu. Jam dah pukul 12.45, 15 minit lagi nak balik nih. Okeh.. Cikgu-cikgu lain dah mula tahan kelas masing-masing buat sport check untuk murid tahap dua. Tak mungkin lah budak darjah 1, 2, 3 yang buat kannn.

Tak ada bebbbbbbb.... Aku dah mengalir airmata nih. Hilang laptop dah satu hal. Segala data penting yang P&C kat dalam tu??? Owhhhhh..... sapa nak backup balik beb???

Tiba-tiba, GPK HEM yang standby kat tepi pagar untuk tengok budak balik, melambai kat aku. Alkisah, seorang anak murid aku p toilet. Dia jumpa laptop aku di sebalik pintu toilet, elok je terletak atas lantai. Dia amik dan bagi GPK tu.

See...anak murid sekolah rendah dah berani okehhhh...ambil barang guru, dalam beg pulak tu. Kami dah ada nama beberapa orang yang disyaki. Esok akan diambil tindakan. Aku kecewa mengenangkan sikap anak murid yang masih mentah ini. Kalau dibiarkan pasti menjadi p*jenayah kelak... Aduhaiiii...

127 comments: